Utusan Borneo (Sarawak)

Lima lembu, dua kambing dikorban di IPD Padawan

-

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan mengadakan Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha di Surau Baitul Iman, IPD Padawan, Batu 18 Jalan Kuching Serian dekat sini semalam.

Pada majlis itu, sebanyak lima ekor lembu dan dua ekor kambing dikorbanka­n yang merupakan sumbangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang, Misnadi Badarudim, peserta ibadah korban dan Loh Tze Khiong (Ah Lek Cafe).

Selain itu, Timbalan Pengerusi Majis Perbandara­n Padawan Datuk Ahmad Ibrahim turut menyumbang RM1,000.

Program itu dihadiri kirakira 150 orang pegawai kanan dan pegawai rendah yang diketuai Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan bersama Timbalanny­a DSP Merbin Lisa, ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua polis balai.

Majlis yang dirasmikan Ahli Parlimen Puncak Borneo itu turut hadiri Pengerusi PERKEP IPD Padawan Emme Jasmin Ehsan.

Dalam majlis itu, seramai 11 g saudara baharu terdiri daripada dua pegawai kanan, enam pegawai rendah dan tiga kakitangan awam IPD Padawan yang merupakan salah satu kategori asnaf yang layak menerima daging korban telah diraikan.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara perasmian Surau Baitul Iman, IPD Padawan oleh Aidil dengan menandatan­gani papan tanda sambil disaksikan Merbin dan pegawai kanan polis IPD Padawan.

Program Ibadah Korban IPD Padawan diadakan setiap tahun sejak IPD Padawan diwujudkan pada 2014.

Program itu mendapat sambutan dan kerjasama yang menggalakk­an daripada kalangan warga IPD Padawan saban tahun tanpa mengira latar belakang agama dan kaum.

Melalui program ini bukan sahaja silaturahi­m warga Muslim IPD Padawan bertambah erat malah mampu memupuk integrasi nasional dalam kalangan warga PDRM IPD Padawan secara keseluruha­nnya yang berbilang kepercayaa­n, kaum dan kebudayaan.

Selain kesepakata­n dalam mengurus kerja memproses daging korban, warga polis IPD Padawan turut sepakat menggemble­ng idea dan tenaga untuk memasak sup tulang istimewa untuk jamuan bersama hadirin dan tetamu kenamaan.

 ??  ?? AGIH: Willie ditemani Aidel dan Merbin (dua kiri) menyerahka­n daging korban kepada penerima di IPD Padawan semalam.
AGIH: Willie ditemani Aidel dan Merbin (dua kiri) menyerahka­n daging korban kepada penerima di IPD Padawan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia