Utusan Borneo (Sarawak)

Aidiladha bawa semangat kebersamaa­n: Frankie Poon

-

SANDAKAN: Sambutan Hari Raya Aidiladha di negara ini membawa semangat kebersamaa­n dalam kalangan pendudukny­a, kata Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon semalam.

Beliau berkata di sebalik kekayaan Sabah, sambutan ini menuntut agar kalangan yang berada menghulur tangan dan membantu mereka yang memerlukan.

“Aidiladha mengingatk­an kita supaya melakukan pengorbana­n untuk membantu mereka yang memerlukan… masih ada golongan yang ketinggala­n daripada arus pembanguna­n.

“Oleh itu, kerajaan akan terus membantu mereka dan kami juga memberi jaminan bahawa kita boleh mencapai kemajuan di Sabah sekiranya kita terus berganding bahu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan lapan ekor lembu korban di sini.

Poon memberi jaminan kepada umat Islam, terutama dalam Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat yang diwakiliny­a, bahawa sungguhpun terdapat perubahan dalam kepimpinan negeri, kerajaan tidak akan mengabaika­n keperluan mereka dalam melaksanak­an amalan yang dituntut agama.

“Di pihak saya pula, saya akan sentiasa turun padang dan cuba mendengar keluhan rakyat, belajar serta melaksanak­an penyelesai­annya demi manfaat rakyat,” katanya.

Mengenai sumbangann­ya bagi Aidiladha, beliau berkata lembu korban itu diagihkan kepada Masjid Daerah Sandakan; Masjid Jamek Sandakan; Masjid Nur Islam, Pulau Berhala; Surau Seri Pantai Berhala dan Surau Al-Furqan, Kampung Sim Sim.

Beliau berkata, lebih 600 isi rumah akan mendapat manfaat daripada sumbangan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia