Utusan Borneo (Sarawak)

Dua remaja terlibat kes pecah rumah ditahan

Suspek berusia 12 dan 14 tahun disyaki terlibat dalam 19 kes pecah rumah di MJC

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Polis menahan dua remaja lelaki bawah umur kerana disyaki terlibat dalam 19 kes pecah rumah di Bandar Baharu Batu Kawa (MJC) di sini pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan, seorang budak berusia 12 tahun ditahan sekitar jam 12 tengah hari di kawasan MJC.

Tambahnya, manakala seorang lagi suspek berusia 14 tahun diberkas jam 3.25 petang di kawasan kaki lima rumah kedai MJC pada hari yang sama.

“Hasil soal siasat awal mendapati kedua-dua remaja terbabit mengaku pecah masuk rumah dan menjual beberapa barang kemas di sebuah kedai emas di Batu Kawa.

“Kedua-dua suspek yang tidak lagi bersekolah turut mengaku terlibat dalam lebih kurang 19 kes pecah masuk rumah di sekitar kawasan Batu Kawa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, Aidil berkata kedua-dua suspek akan ditahan reman untuk siasatan lebih lanjut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam kes 31 Julai lalu sekitar jam 5.30 petang di sebuah rumah di Batu Kawa, seorang mangsa menyedari rumahnya dimasuki melalui pintu utama apabila pagar besi dirosakkan.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati

Hasil soal siasat awal mendapati kedua-dua remaja terbabit mengaku pecah masuk rumah dan menjual beberapa barang kemas di sebuah kedai emas di Batu Kawa.

Superinten­den Aidil Bolhassan

Ketua Polis Daerah Padawan

barangnya seperti satu utas rantai emas, telefon bimbit, komputer riba, sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak telah hilang,” jelasnya.

Dedah beliau lagi, remaja berusia 14 tahun turut mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Kita juga merampas pakaian yang digunakan suspek berusia 12 tahun semasa kejadian selepas dia dibawa ke dalam bilik sebuah rumah di flat di Batu Kawa,” ujarnya.

 ??  ?? DIBERKAS: Kedua-dua remaja terbabit ditahan untuk siasatan kes pecah masuk rumah.
DIBERKAS: Kedua-dua remaja terbabit ditahan untuk siasatan kes pecah masuk rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia