Utusan Borneo (Sarawak)

Dilarang guna kereta bapa, remaja bakar, cuba mengebom kereta

-

KUCHING: Hanya dilarang menggunaka­n kereta bapanya, seorang remaja sanggup bertindak membakar dan cuba mengebom kereta tersebut sehingga mendatangk­an kecederaan kepada abangnya dan adik ipar kakaknya.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, pihaknya kini sedang giat memburu suspek yang berusia 19 tahun selepas menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 2.02 pagi semalam yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Stenggang, Bau dekat sini.

Menurutnya, insiden itu berlaku sekitar jam 8 malam Sabtu dan sebelum kejadian suspek berusia 19 tahun meminta kunci kereta milik bapanya namun tidak dibenarkan abangnya dan adik ipar kakaknya kerana dilarang oleh bapa mereka.

“Suspek telah mengeluark­an kata-kata akan bertindak membakar dan mengebom kereta tersebut yang kemudianny­a keluar dari rumah.

“Apabila kembali semula ke rumah, suspek dilihat membawa botol yang berisi minyak petrol lalu menyimbah minyak petrol tersebut pada kereta bapanya, pintu pagar dan dinding rumah mereka sebelum bertindak membakar dengan menggunaka­n pemetik api,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Poge, abang suspek, 26, bersama adik ipar lelaki kakak suspek, 25, cuba menghalang tindakan suspek, namun mereka berdua turut disimbah dengan minyak petrol.

Jelasnya, akibatnya api pada kereta tersebut telah menyambar mereka berdua kerana terlalu hampir dan menyebabka­n melecur 14 peratus pada badan hingga bahagian kepala abang suspek dan sedikit kesan lecur terkena pada bahagian kaki adik ipar kakak suspek.

Ekoran kebakaran itu, beliau memberitah­u, adik perempuan suspek menelefon pihak bomba untuk memadamkan kebakaran.

“Apabila pihak bomba sampai, kebakaran pada kereta sempat dipadamkan kawan adik suspek dengan menggunaka­n air paip.

“Menyedari kehadiran penduduk kampung yang datang membantu, suspek bertindak melarikan diri dengan menggunaka­n motosikal,” dedahnya.

Adik ipar kakak suspek bersama abang suspek kemudianny­a memandu kereta ke Hospital Bau untuk menerima rawatan.

Disebabkan kejadian tersebut, kakak suspek berusia 22 tahun tampil ke balai membuat laporan untuk tindakan.

Dalam pada itu, Poge menjelaska­n, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 327 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 kanun yang sama dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan.

Katanya lagi, polis turut menemui bahan letupan jenis ‘Pentolite’ di tempat kejadian yang kemudianny­a diserahkan kepada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

 ??  ?? MUSNAH: Keadaan rumah kosong selepas terbakar di Kampung Semerah Padi.
MUSNAH: Keadaan rumah kosong selepas terbakar di Kampung Semerah Padi.
 ??  ?? SEMPAT DIPADAM: Keadaan kereta selepas dibakar suspek.
SEMPAT DIPADAM: Keadaan kereta selepas dibakar suspek.
 ??  ??
 ??  ?? DITEMUI: Bahan letupan jenis ‘Pentolite’ dijumpai di tempat kejadian sebelum disita untuk bahan bukti kes.
DITEMUI: Bahan letupan jenis ‘Pentolite’ dijumpai di tempat kejadian sebelum disita untuk bahan bukti kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia