Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan sukarelawa­n tawar diri bantu kesan Nora Anne

-

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan menahan lima warga Vietnam dan merampas kapal pukat tunda bernilai RM350,000 kelmarin kerana menangkap ikan secara haram berhampira­n Beting Jahat, di perairan Labuan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kapal Vietnam itu dipintas dalam ‘Ops Gelora’ pada kira-kira 11 pagi ketika mereka sedang menangkap ikan kira-kira 15 batu nautika dari perairan Tanjung Kubong, utara Labuan.

“Kami merampas kapal gentian kaca dengan nombor pendaftara­n klon bot nelayan tempatan dari Kudat, Sabah, dan semua anak kapal serta kapten dibawa ke jeti marin Labuan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Bernama semalam.

Mereka yang ditahan berumur antara 27 hingga 41 tahun.

PPM turut merampas peralatan menangkap ikan bernilai RM80,000 dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. — Bernama NILAI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak 4 Ogos, semalam turut mendapat bantuan daripada kumpulan pendaki sukarelawa­n.

Wakil kumpulan berkenaan, Kenny Chan Kai Sian, 43, berkata kumpulan mereka menyertai operasi SAR itu pada jam 9.30 pagi semalam dan tertumpu di kawasan satu kilometer daripada resort yang diinap keluarga mangsa.

“Sepatutnya petang ini ada sesi kedua tetapi kami putuskan untuk pulang dahulu untuk mendapatka­n rehat yang cukup sebagai persediaan pencarian hari ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Pantai, Seremban, semalam.

Hari ini, kumpulan berkenaan yang terdiri daripada 12 orang berumur antara 17 dan 62 tahun itu akan meredah Gunung Berembun bagi membantu menjejaki Nora Anne.

Chan yang mempunyai pengalaman mendaki Gunung Berembun sebelum ini berkata pencarian semalam agak mencabar ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu sejak dua tiga hari ini.

“Laluan menjadi licin dan berlumpur dan ia menyukarka­n perjalanan setiap daripada mereka yang terlibat dalam operasi ini. Semalam kami ada 12 orang sahaja, kami jangka hari ini akan lebih ramai sertai kami,” katanya.

Sementara itu, kebajikan pengamal media yang membuat liputan kes kehilangan remaja berkenaan juga turut menarik perhatian seorang lagi sukarelawa­n dari Hospital Ampang, Zamila Majlis, 59, yang hadir ke lokasi hari ini bagi memberi kata-kata semangat dan sumbangan makanan.

“Saya dilahirkan dan membesar di kampung ini dan kebetulan saya pulang beraya. Jadi terpanggil untuk datang ke sini dan melihat petugas media yang bekerja walaupun raya. Sebelum ini tiada kejadian orang hilang sangat lama seperti ini.

“Saya berdoa dan berharap mangsa dapat ditemui dengan selamat... sekiranya ada apaapa lagi diperlukan, saya akan bantu,” katanya.

Pada 4 Ogos lepas, remaja Ireland yang mengalami masalah pembelajar­an itu dilapor hilang selepas tiba bersama ibu bapanya di Malaysia pada Sabtu, 3 Ogos untuk percutian dua minggu di sebuah resort di Pantai, Seremban.

Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapan­nya oleh keluargany­a pada jam 8 pagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia