Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Aidiladha semarakkan semangat berkorban

-

KUANTAN: Umat Islam di seluruh negara semalam memulakan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan memenuhi masjid untuk menunaikan solat sunat Aidiladha diikuti ibadah korban dalam menghayati syiar Islam.

Di Pahang, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini.

Turut berangkat ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan adinda-adinda baginda.

Seri Paduka berdua menunaikan solat sunat itu bersama ribuan jemaah, dengan sebahagian­nya tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Sultan Abdullah sebaik sahaja selesai solat.

Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 juga mengadakan ibadah korban melibatkan tiga ekor lembu yang mana Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal berkenan mencemar duli menyaksika­n ibadah itu sebelum berangkat pulang.

Di Kuala Lumpur, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama ribuan umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara, yang diimamkan imam masjid berkenaan Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Dr Mahathir kemudian turut mengucapka­n selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia, serta mengingatk­an umat Islam bahawa Aidiladha bukan hanya menuntut korban binatang ternakan, sebaliknya mereka mesti sanggup berkorban demi membantu masyarakat Islam yang memerlukan.

Di Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat negeri itu di Masjid Negeri Selangor, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Turut sama berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Solat Aidiladha diimamkan oleh Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya, manakala khutbah Aidiladha yang bertajuk ‘Ibadah Korban dan Haji Lambang pengabdian Sejati’ dibacakan oleh khatib yang juga merupakan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

Di Johor, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama hampir 2,000 jemaah di Masjid Pasir Pelangi di sini.

Keberangka­tan tiba baginda disertai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, anakandany­a yang lain serta menantunya Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Selesai solat, Sultan Johor bersama kerabat diraja Johor turut berkenan meluangkan masa bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum berangkat pulang.

Di Negeri Sembilan, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat ke Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti di Kuala Pilah untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Sementara itu, petugas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne Quoirin, 15, dalam kesibukan mencari remaja perempuan warga Ireland itu sempat menunaikan solat Aidiladha bersama 150 penduduk setempat di Masjid Kariah Pantai.

Di Melaka, Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Adly Zahari menyertai kirakira 5,000 muslimin dan muslimat menunaikan solat sunat di Masjid Al-Azim di Bukit Palah.

Solat sunat berkenaan diimankan oleh Imam Besar Masjid Al Azim, Datuk Mohammad Hashim yang turut membacakan khutbah.

Di Kelantan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat ke Masjid Muhammadi untuk menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 2,000 jemaah.

Baginda yang mengenakan persalinan jubah berwarna putih tiba kira-kira jam 8.25 pagi turut diiringi Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Di Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid AlMuktaffi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.

Ketibaan baginda pada jam 7.50 pagi diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta berangkat sama, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan beberapa pemimpin kerajaan negeri.

Tinjauan Bernama di sekitar Kuala Terengganu mendapati umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha dalam kesederhan­aan namun meriah dengan kehadiran kaum keluarga dan jiran tetangga untuk turut sama bergotong royong melakukan ibadah korban.

Di Perak, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Ketibaan baginda pada kira-kira jam 8.30 pagi disambut barisan exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri. Turut berangkat, Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnai­n Sultan Idris Shah.

Selesai solat sunat Aidiladha, Sultan Nazrin bersamasam­a kira-kira 1,500 jemaah bertakbir raya sempena Aidiladha dan sebelum berangkat pulang, baginda meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan para jemaah di masjid berkenaan.

Di Sabah, Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni menunaikan solat sunat Aidiladha bersama ribuan jemaah di Masjid Negeri, yang diimamkan Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Suhaidi Kunting.

Di Pulau Pinang, Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas menyertai kira-kira 4,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Solat Sunat Aidiladha itu dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Mohd Noordin Samah dan selepas solat Abdul Rahman turut mengambil kesempatan bersalaman dengan jemaah.

Sebanyak lapan ekor lembu turut dikorbanka­n pada Majlis Korban Perdana di kawasan parkir masjid itu untuk diagihkan kepada asnaf dan fakir miskin.

Di Sarawak, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hadir pada majlis Korban Perdana anjuran Majlis Islam Sarawak di Dewan Hikmah.

Sebanyak empat ekor lembu telah dikorban dan diagihkan kepada 250 asnaf yang terdiri daripada asnaf Unit Saudara Kita di Samariang, Petra Jaya dan asnaf-asnaf di sekitar bandar raya ini.

Sementara itu, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan General Datuk Zamrose Mohd Zain turut menyempurn­akan Majlis Sambutan Aidiladha dan Ibadah Korban di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Kem Penrissen.

Di Kedah, umat Islam tetap menyambut Aidiladha dalam suasana meriah meskipun sederhana selepas lebih 500 rumah di beberapa daerah rosak antaranya pada bahagian bumbung dan siling akibat ribut pada Jumaat.

Sementara itu, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n dan isteri Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama jemaah di Masjid Al-Aman, Alor Setar.

Turut menunaikan solat sunat itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Raja Muda Kedah juga berkenan menyampaik­an sumbangan daging korban kepada fakir miskin dan mangsa ribut di Masjid Ar-Rahmah, Alor Setar.

Di Perlis, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kirakira 2,000 jemaah di Masjid Al-Hussien, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor mengimamka­n solat itu manakala Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyampaik­an khutbah.

Selesai sembahyang Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen berkenan melihat penyembeli­han korban seekor lembu sumbangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pekarangan masjid. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JEMAAH CILIK: Reaksi seorang jemaah cilik ketika khutbah Solat Sunat Aidiladha sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan di sekitar Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama JEMAAH CILIK: Reaksi seorang jemaah cilik ketika khutbah Solat Sunat Aidiladha sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan di sekitar Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERAMAH MESRA: Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan beramah mesra bersama jemaah cilik ketika bersalaman dengan rakyat selepas mencemar duli menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama BERAMAH MESRA: Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan beramah mesra bersama jemaah cilik ketika bersalaman dengan rakyat selepas mencemar duli menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, Kuantan, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SAMBUTAN BERSAMA: Sultan Muhammad V (kanan) berkenan bersalaman dengan para jemaah ketika hadir menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama SAMBUTAN BERSAMA: Sultan Muhammad V (kanan) berkenan bersalaman dengan para jemaah ketika hadir menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SOLAT SUNAT: Dr Mahathir ketika bertakbir sebelum menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SOLAT SUNAT: Dr Mahathir ketika bertakbir sebelum menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN RAYA: Tengku Sarafudin (kiri) berkenaan menyampaik­an sumbangan duit raya dan daging korban kepada Zainal yang berkerusi roda pada Majlis Sumbangan Daging Korban buat Fakir Miskin di Masjid Ar-Rahmah Taman Wira, Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN RAYA: Tengku Sarafudin (kiri) berkenaan menyampaik­an sumbangan duit raya dan daging korban kepada Zainal yang berkerusi roda pada Majlis Sumbangan Daging Korban buat Fakir Miskin di Masjid Ar-Rahmah Taman Wira, Alor Setar, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TUNAIKAN SOLAT: Abdul Rahman (dua kiri) menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Negeri Pulau Pinang, George Town, semalam.
— Gambar Bernama TUNAIKAN SOLAT: Abdul Rahman (dua kiri) menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Negeri Pulau Pinang, George Town, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PIMPINAN: Solat Sunat Aidiladha dipimpin Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan al-Hafiz di Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama PIMPINAN: Solat Sunat Aidiladha dipimpin Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan al-Hafiz di Ipoh, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MAKMUM: Sultan Sharafuddi­n (tiga kiri) berkenan menunaikan Solat Sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Ustaz Muhammad Farhan Wijaya (kanan) di MSSAAS, Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama MAKMUM: Sultan Sharafuddi­n (tiga kiri) berkenan menunaikan Solat Sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Ustaz Muhammad Farhan Wijaya (kanan) di MSSAAS, Shah Alam, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERJEMAAH: Mohd Nor (kiri) dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) antara jemaah yang turut menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Kampung Pantai, Seremban, semalam.
— Gambar Bernama BERJEMAAH: Mohd Nor (kiri) dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) antara jemaah yang turut menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Kampung Pantai, Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia