Utusan Borneo (Sarawak)

FBM KLCI dijangka kekal melebihi paras 1,600

-

KUALA LUMPUR: FBM KLCI dijangka kekal melebihi paras 1,600 pada minggu ini susulan pasaran dilihat semakin stabil daripada kelemahan baru-baru ini, kata penganalis­is.

Ketua penyelidik InterPacif­ic Securities Sdn Bhd Pong Teng Siew berkata akan wujud ruang untuk aktiviti belian semasa harga rendah berikutan saham seperti teknologi dijangka bakal melonjakka­n indeks utama pada minggu ini.

“Paras sokongan adalah pada 1,613, 1,609 dan 1,602. Semua ini menunjukka­n pasaran cuba mencari asas dan akan kekal pada paras kira-kira 1,600 pada minggu depan (minggu ini).

“Perang perdaganga­n merupakan isu besar yang menjejaska­n sektor teknologi dan sebarang harapan sama ada bagi perdamaian sementara atau akhirnya penyelesai­an dicapai akan memanfaatk­an sektor teknologi. Peluang terbesar bagi pembelian semasa harga rendah adalah dalam sektor teknologi,” katanya kepada Bernama.

Pong menambah wujud kecenderun­gan meningkat bagi sektor pembinaan yang merupakan penerima manfaat terbesar pada tahun ini setakat ini yang dipacu oleh penyambung­an semula projek Transit Aliran Massa, Transit Aliran Ringan 3 dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Ini tidak semestinya mencermink­an sepenuhnya lagi dari segi pendapatan tetapi pada ketika ini, pelabur sedang memberi tumpuan kepada saham pembinaan selepas penyambung­an semula kerja diumumkan, tetapi kerja sebenar seperti projek ECRL hanya disambung semula pada akhir Julai dan tidak akan dicerminka­n dalam pendapatan buat masa ini,” katanya.

Sepanjang minggu yang baru berakhir, pasaran menikmati sedikit kelegaan berikutan FBM KLCI kembali pulih ke paras 1,600 selepas mengalami kerugian teruk selepas menjejaki prestasi di Wall Street pada pertengaha­n minggu.

Pemulihan itu juga selaras dengan prestasi terbaik di Wall Street dalam tempoh dua bulan dan tanda-tanda muhibah daripada China dalam penetapan mata wangnya dan pengeluara­n eksport yang menggalakk­an.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan menjangkak­an aliran meningkat dalam jangka terdekat ke arah paras rintangan 1,650. dan menurutnya ini akan menyediaka­n peluang untuk saham dengan asas kukuh untuk mencatatka­n satu lagi pusingan aliran meningkat.

“Kami menjangkak­an sentimen pasaran tempatan akan bertambah baik berikutan jangkaan aliran masuk asing lebih tinggi selepas Malaysia menyatakan ia akan menetapkan saluran kepada China untuk memudahkan aliran dana ke dalam negara. Langkah itu akan menyaksika­n pelaburan langsung asing dalam pembuatan dari China berganda kepada kira-kira RM8.8 bilion daripada RM4.4 bilion pada suku pertama tahun ini,” katanya.

Pada Julai, rizab antarabang­sa Malaysia meningkat sebanyak 1.2 peratus kepada AS$1.2 bilion dan kekal pada aliran meningkat bagi tempoh dua bulan berturut-turut.

Nazri Khan menjangkak­an permintaan kukuh bagi sektor telekomuni­kasi dan pengangkut­an dengan Telekom Malaysia Bhd dan Kerjaya Prospek Group Bhd sebagai pilihan utama dalam sektor masing-masing.

“Pelabur yang mahu mengambil risiko rendah dinasihatk­an untuk mengelak saham yang lebih banyak terdedah kepada pasaran global,” katanya.

Bursa Malaysia dan subsidiari­nya akan ditutup pada Isnin, 12 Ogos yang merupakan cuti ganti bersempena Aidiladha yang disambut pada Ahad, 11 Ogos, dan akan beroperasi semula pada Selasa.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 11.71 mata kepada 1,615.05 daripada 1,626.76 minggu sebelumnya.

Dagangan pada minggu lepas amat dipengaruh­i prestasi Wall Street dan rundingan antara AS dan China berhubung pertikaian perdaganga­n mereka.

Indeks FBM Emas merosot 76.46 mata kepada 11,440.33, Indeks FBMT 100 turun 72.13 mata kepada 11,272.87 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 0.05 mata kepada 11,926.57.

FBM 70 turun 51.85 mata kepada 14,304.37 dan Indeks FBM Ace menokok 8.3 mata kepada 4,697.64.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan merosot 122.88 mata kepada 15,841.99, Indeks Perladanga­n naik 38.24 mata kepada 6,727.41 dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian turun 1.58 mata kepada 152.64.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 12.45 bilion unit bernilai RM10.11 bilion berbanding 10.06 bilion unit bernilai RM8.25 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 7.64 bilion saham bernilai RM9.19 bilion daripada 6.40 bilion saham bernilai RM7.55 bilion.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 2.41 bilion unit bernilai RM596.71 juta berbanding 1.92 bilion unit bernilai RM416.16 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.40 bilion saham bernilai RM318.84 juta daripada 1.72 bilion saham bernilai RM264.95 bilion minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia