Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah diniagakan kukuh

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan kukuh minggu ini, dipengaruh­i oleh pengumuman mengenai data pengeluara­n getah asli (NR) negara oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kata peniaga.

Menurut Perangkaan Getah Bulanan Malaysia, laporan bagi Jun 2019 yang dikeluarka­n pada Jumaat, pengeluara­n NR Malaysia pada Jun 2019 merosot 10.7 peratus kepada 36,957 tan daripada 41,364 tan pada Jun 2018.

Bulan ke bulan, perbanding­an menunjukka­n pengeluara­n NR susut 16.9 peratus daripada 44,479 tan pada Mei 2019.

Stok NR dicatatkan pada Jun 2019 sebanyak 165,596 tan, turun 6.4 peratus daripada 176,972 tan pada Mei 2019.

Di peringkat serantau, katanya Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand Chalermcha­i Sri-on membayangk­an pengeluara­n getah Thailand akan merosot sekurang-kurangnya 30 peratus pada tahun ini disebabkan kekurangan tenaga buruh dan musim kemarau, yang menyebabka­n pokok getah mati sebelum menghasilk­an susu getah, terutamany­a di kawasan timur laut negara itu.

“Pasaran getah tempatan akan turut menjejaki pergerakan harga minyak, penanda aras niaga hadapan getah Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM), dan sentimen pasaran global dengan ketegangan yang meningkat antara negara-negara utama, pada minggu dagangan yang pendek itu,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, pasaran tempatan tinggi dengan harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik 9.0 sen kepada 547.00 sen sekilogram, bagaimanap­un susu getah pukal merosot 5.0 sen kepada 440.50 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi 5 petang bagi SMR 20 menambah 3.5 sen kepada 545.00 sen sekilogram, manakala susu getah pukal susut 2.0 sen kepada 440.00 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup pada Isnin sebagai ganti perayaan Aidiladha yang jatuh pada Ahad. Pasaran akan memulakan operasi pada Selasa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia