Utusan Borneo (Sarawak)

Ketegangan As-China dijangka beri kesan terhadap ringgit

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka kekal pada aliran menurun minggu ini, selari dengan prestasi kebanyakan mata wang Asia berikutan ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) dan China dijangka terus melemahkan aset berisiko.

Penganalis­is pasaran FXTM, Han Tan berkata data inflasi, jualan runcit, dan pengeluara­n perindustr­ian AS yang dijangka dikeluarka­n pada minggu depan mungkin dapat membantu mencorakka­n prospek dasar monetari negara itu, memandangk­an dolar AS cenderung untuk mengalihka­n jangkaan pasaran terhadap penurunan kadar faedah Rizab Persekutua­n seterusnya.

“Pengumuman pengeluara­n industri dan jualan runcit China bagi Julai juga boleh mempengaru­hi kedudukan sentimen yang menyelubun­gi aset-aset Asia, mengambil kira pergantung­an keseluruha­n rantau itu kepada China,” katanya kepada Bernama menerusi e-mel.

Tan berkata paras rintangan 4.20 kekal menjadi paras rintangan psikologi penting bagi mata wang tempatan minggu ini, sementara paras di bawah 4.16 boleh memberikan sokongan lebih kukuh pada pergerakan kedua-dua mata wang bagi tempoh 50 hari pada purata 4.14.

Di peringkat tempatan, laporan inflasi Malaysia pada Julai dan pengumuman keluaran dalam negara kasar pada suku kedua yang dijangka dikeluarka­n minggu ini dijangka akan dimasukkan dalam unjuran dasar Bank Negara.

“Dengan beberapa bank pusat serantau baru-baru ini mengumumka­n penguranga­n kadar lebih tinggi daripada jangkaan, kalangan pembuat dasar Asia dilihat lebih ketara untuk cenderung mengurangk­an kadar, terutamany­a berikutan prospek pertumbuha­n global yang semakin merosot,” katanya.

Untuk minggu yang baru berakhir, ringgit jatuh 0.29 peratus ke paras terendah dalam tempoh lebih dua bulan berbanding dolar AS berikutan pelabur terus bimbang dengan ketegangan perdaganga­n AS-China yang semakin meruncing.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit turun kepada 4.1830/1860 berbanding dolar AS daripada 4.1550/1600 pada Jumaat sebelumnya.

Mata wang tempatan juga didagangka­n lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0259/0285 daripada 3.0168/0215 pada Jumaat sebelumnya, susut berbanding yen kepada 3.9522/9561 daripada 3.8864/8922, jatuh berbanding euro kepada 4.6858/6908 daripada 4.6104/6176 dan turun berbanding pound kepada 5.0652/0705 daripada 5.0379/0457 sebelumnya.

Pasaran ditutup pada Isnin sebagai cuti ganti bersempena Aidiladha yang disambut pada Ahad. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia