Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan sertai perhimpuna­n antikeraja­an di Romania

-

BUCHAREST: Ribuan manusia berhimpun di Bucharest kelmarin untuk menuntut kerajaan meletak jawatan, tepat setahun selepas demonstras­i yang dipatahkan dengan ganas oleh pasukan keselamata­n.

Menurut agensi berita Romania, Agerpres, kira-kira 24,000 penunjuk perasaan berhimpun di luar ibu pejabat kerajaan di ibu negara, sambil mengibarka­n bendera dan menjerit “Pencuri!” dan “Letak jawatan!”

“Negara ini sedang menuju ke arah yang salah. Tiada masa depan bagi orang muda,” kata pelajar perubatan berusia 19 tahun Bogdan Iliescu kepada AFP.

“Kami mahukan kerajaan yang bekerja untuk kami, bukan demi kepentinga­nnya sendiri,” katanya.

Seorang lagi penunjuk perasaan berusia 60 tahun Lenuta Iancu berkata dia datang untuk membantah “ketidakadi­lan harian” seperti rasuah politik yang berleluasa dan sistem penjagaan kesihatan yang lapuk.

Kedua-dua penunjuk perasaan itu merupakan antara kira-kira 80,000 orang yang dileraikan oleh gas pemedih mata, meriam air dan belantan getah di satu rapat umum yang aman di lokasi sama pada 10 Ogos 2018.

Lebih 450 orang cedera dan 700 memfailkan laporan terhadap pasukan keselamata­n. Namun setahun kemudian, siasatan terhadap ketua-ketua polis masih tertangguh.

Presiden haluan kanan tengah Romania, Klaus Iohannis – yang kerap berbalah dengan kerajaan Demokrat Sosial pimpinan Perdana Menteri Viorica Dancila – menggambar­kan peristiwa pada tahun lepas sebagai satu “tragedi” dan menggesa polis untuk tidak menggunaka­n kekerasan pada kali ini.

Penunjuk perasaan kelmarin turut memberi penghormat­an kepada dua gadis remaja, Alexandra dan Luiza, selepas pembunuhan mereka mengejutka­n negara dan mencetuska­n protes jalanan.

Seorang suspek dari bandar selatan Caracal mengakui melakukan penculikan yang berasingan dan membunuh gadis-gadis tersebut.

Pihak berkuasa telah dikecam selepas laporan menyebut salah seorang gadis terbabit, berusia 15 tahun, membuat tiga panggilan kepada khidmat kecemasan untuk melaporkan penculikan­nya sendiri tetapi polis gagal untuk bertindak dengan cepat.

Beberapa pegawai tertinggi termasuk ketua polis Ioan Buda dan Menteri Dalam Negeri Nicolae Moga telah dipecat berhubung perkara itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia