Utusan Borneo (Sarawak)

Korban Taufan Lekima di timur China meningkat kepada 28

-

BEIJING: Jumlah kematian disebabkan oleh Taufan Lekima meningkat kepada 28 di timur China, kata pihak berkuasa tempatan semalam, manakala pasukan penyelamat berusaha untuk mencari mangsa hilang selepas taufan itu mencetuska­n kejadian tanah runtuh dan memaksa lebih sejuta orang untuk berpindah.

Taufan raksasa itu tiba di kota Wenling pada awal pagi kelmarin, dengan ribut selaju 187 kilometer sejam, dan ombak setinggi beberapa meter yang membadai kawasan pantai.

Kelmarin, stesen televisyen kebangsaan CCTV berkata 18 orang maut dalam satu kejadian tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat di perbandara­n Wenzhou, kirakira 400 kilometer ke selatan Shanghai.

Ia tidak jelas sama ada 10 kematian lagi yang diumumkan semalam disebabkan oleh insiden yang sama.

Seramai 20 orang masih hilang, menurut pihak berkuasa wilayah Zhejiang.

“Buat masa sekarang, kerja mencari dan menyelamat dari pelbagai wilayah masih dijalankan,” kata mereka dalam saluran media sosial Weibo.

Lebih sejuta orang dipindahka­n dari kediaman mereka sebelum taufan melanda, agensi berita rasmi Xinhua melaporkan.

Kira-kira 110,000 orang ditempatka­n di pusat perlindung­an.

Dalam wilayah Zhejiang sahaja, hampir 300 penerbanga­n dibatalkan, dan khidmat feri serta rel digantung sebagai langkah berjaga-jaga.

Semalam rakaman dari CCTV menunjukka­n penyelamat menaiki bot yang bergerak menerusi kota Linhai, di mana jalan-jalan ditenggela­mi sepenuhnya oleh air lumpur.

Laporan media tempatan di China turut menunjukka­n pasukan mengeluark­an warga yang terkandas dari bot getah berwarna oren cerah, dengan langit yang mula terang apabila taufan terus bergerak di sepanjang pantai.

Lekima memasuki wilayah Jiangsu ke utara Shanghai dan dijangka akan melanda wilayah Shandong lewat semalam, CCTV melaporkan.

Kedua-dua wilayah sudah mengeluark­an amaran merah bagi hujan lebat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia