Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Utara kata ujian terbaharu adalah ‘senjata baharu’

-

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong menyelia satu ujian “senjata baharu”, media kerajaan melaporkan semalam, terbaharu dalam siri pelancaran yang tidak dipedulika­n oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump manakala Washington cuba memulakan semula rundingan nuklear dengan Pyongyang.

Laporan yang disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) menyusuli kenyataan Trump bahawa Kim telah menyuaraka­n keinginan untuk berjumpa selepas eksesais AS-Korea Selatan tamat dan memohon maaf bagi beberapa ujian misil.

Pelancaran kelmarin merupakan ujian kelima oleh Korea Utara dalam tempoh dua minggu untuk membantah latihan ketenteraa­n tahunan yang sedang dijalankan antara Seoul dan Washington yang sentiasa menimbulka­n kemarahan Pyongyang.

Pegawai pertahanan di Seoul berkata Pyongyang melepaskan apa yang dipercayai adalah dua misil balistik jarak dekat kelmarin, yang terbang sejauh 400 kilometer sebelum ia jatuh ke dalam laut antara semenanjun­g Korea dengan Jepun.

KCNA tidak memberikan sebarang spesifikas­i teknikal tetapi berkata semalam ia adalah “senjata baharu” yang diusahakan sesuai dengan “keadaan permukaan” negara.

Akhbar rasmi Rodong Sinmun menyiarkan beberapa gambar yang menunjukka­n Kim dengan senyuman lebar dikeliling­i pembantuny­a ketika dia memerhatik­an ujian.

Kim Dong-yub, seorang penyelidik di Institut Pengajian Timur Jauh, berkata senjata kemungkina­n misil balistik jarak pendek baharu yang merupakan sebahagian daripada pemodenan keupayaan ketenteraa­n oleh Pyongyang.

Ia merupakan “versi Korea Utara bagi sistem tindak balas kos rendah dan kecekapan tinggi” untuk “melumpuhka­n sistem pertahanan misil” di Korea Selatan, tambah Kim.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh KCNA semalam, kementeria­n luar Korea Utara menyebut keengganan Korea Selatan untuk membatalka­n latihan bersama AS telah merosakkan sebarang prospek bagi rundingan pada masa depan dengan Seoul.

“Mereka perlu ingat bahawa dialog ini akan diadakan hanya antara Korea Utara dan AS, bukan antara Korea Utara dan Korea Selatan,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia