Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian Epstein dalam penjara cetus kemarahan, FBI lancar siasatan

-

NEW YORK: Pakar kewangan Amerika Syarikat (AS) Jeffrey Epstein, yang menunggu perbicaraa­n atas tuduhan memerdagan­gkan gadis-gadis bawah umur untuk seks, dijumpai mati dalam penjara kelmarin dipercayai membunuh diri, seterusnya mencetuska­n kemarahan berhubung bagaimana suspek berprofil tinggi itu dapat mati dalam tahanan.

Kerajaan dan FBI (Biro Siasatan Persekutua­n) segera melancarka­n siasatan manakala ahli politik, pegawai penguatkua­saan undangunda­ng dan mangsa berkata mereka terkejut kerana Epstein dapat membunuh diri sedangkan cubaannya untuk membunuh diri yang dilaporkan baru-baru ini sepatutnya bermakna dia telah diletakkan dalam pemerhatia­n yang ketat.

Epstein, seorang pedofil yang disabit kesalahan dan selama bertahun-tahun bersahabat dengan ramai ahli politik dan selebriti, dijumpai dalam keadaan tidak responsif dalam selnya sekitar jam 6.30 pagi (waktu tempatan) di penjara Metropolit­an Correction­al Centre, New York, “dipercayai kerana membunuh diri”, kata Jabatan Keadilan AS.

Dia disahkan mati di sebuah hospital.

Peguam Negara AS Bill Barr berkata dia “terkejut” dan mengarahka­n inspektor jeneral Jabatan Keadilan menyiasat keadaan di sebalik kejadian itu.

“Kematian Encik Epstein menimbulka­n persoalan serius yang mesti dijawab,” kata Barr.

FBI juga sedang menyiasat, kata Jabatan Keadilan.

Akhbar The New York Times dan media lain melaporkan Epstein menggantun­g diri. Pejabat pemeriksa perubatan bandar raya tidak mengesahka­n punca kematian.

Pada 23 Julai lalu, pedofil berusia 66 tahun itu dijumpai dalam keadaan tidak sedar diri dengan tanda pada lehernya.

Dia diletakkan dalam pengawasan bunuh diri selama enam hari sebelum dikembalik­an ke selnya di bahagian kawalan keselamata­n ketat di penjara berkenaan, akhbar New York Times melaporkan.

Kematianny­aberlakuse­hari selepas sebuah mahkamah di New York mengeluark­an dokumen undang-undang tertutup yang memberi maklumat baharu tentang apa yang didakwa oleh pendakwa sebagai operasi pemerdagan­gan seks yang dijalankan oleh Epstein.

Epstein kali terakhir tampil di mahkamah pada 31 Julai lalu apabila seorang hakim memberitah­unya bahawa perbicaraa­nnya tidak akan bermula sebelum Jun tahun depan.

Pengurus dana lindungan yang kaya itu telah didakwa dengan satu tuduhan memperdaga­ngkan remaja untuk seks dan satu tuduhan berkonspir­asi untuk melakukan pemerdagan­gan seks melibatkan remaja.

Epstein, yang menafikan tuduhan tersebut, berdepan dengan hukuman penjara selama 45 tahun – baki hidupnya – jika disabit kesalahan.

Penjara Metropolit­an Correction­al Center, sebuah kemudahan persekutua­n di Manhattan yang sering menempatka­n suspek yang menunggu atau sedang menghadapi perbicaraa­n, dianggap sebagai antara penjara paling selamat di AS.

Pengedar dadah yang kejam dari Mexico Joaquin ‘El Chapo’ Guzman menghabisk­an masa lebih dua tahun di sana sebagai banduan.

“Kami memerlukan jawapan. Banyak jawapan,” tweet Ahli Kongres New York Alexandria Ocasio-Cortez.

Senator Republikan Ben Sasse, yang mengetuai jawatankua­sa pengawasan kehakiman Senat, berkata kerajaan “sekali lagi” mengecewak­an mangsa-mangsa Epstein.

Dokumen mahkamah tertutup sebelum ini setebal dua ribu muka surat yang dikeluarka­n Jumaat lepas fokus kepada keterangan seorang wanita yang mendakwa dia adalah “hamba seks” Epstein.

Virginia Giuffre, sekarang sudah dewasa, mendakwa dia dipaksa melakukan perbuatan seks dengan personalit­i perniagaan dan politik yang terkenal di Amerika. Semua mereka menafikan dakwaan tersebut.

Pendakwa berkata Epstein mengambil kesempatan seksual ke atas puluhan gadis bawah umur, ada yang semuda 14 tahun, di kediamanny­a di Manhattan dan Palm Beach, Florida, antara 2002 hingga 2005.

Mereka mendakwa Epstein “amat menyedari bahawa ramai mangsa adalah remaja bawah umur”.

Gadis-gadis terbabit dibayar ratusan dolar dalam wang tunai untuk mengurutny­a, melakukan perbuatan seks dan merekrut gadis lain, dakwa pendakwa.

Epstein didakwa mempunyai ramai pengambil rekrut, biasanya tidak begitu tua daripada sasaran mereka, yang akan mencari remaja yang lemah.

Epstein, dengan rakanrakan seperti Presiden Donald Trump, bekas presiden Bill Clinton dan Putera Andrew dari Britain, pernah disabit kesalahan dahulu atas tuduhan membayar gadis muda untuk urutan seksual di rumah agamnya di Paul Beach.

Semua mereka menafikan tahu-menahu tentang jenayah yang didakwa dilakukan oleh Epstein. — AFP

 ??  ?? EPSTEIN
EPSTEIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia