Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 1,000 rumah rosak di Kedah akibat ribut

Daerah Kuala Muda mencatatka­n rumah paling banyak rosak iaitu 400 buah, Kota Setar pula 260 buah

-

JITRA: Sejumlah 1,358 rumah di semua daerah di Kedah mengalami kerosakan akibat kejadian ribut pada Jumaat malam, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata daripada jumlah itu, daerah Kuala Muda mencatatka­n rumah paling banyak rosak iaitu 400 buah manakala di Kota Setar pula 260 buah.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri akan membantu penduduk terjejas dari segi menyediaka­n bantuan tambahan untuk mereka membaik pulih rumah yang rosak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Korban di Masjid Pida 3 di Jerlun dekat sini semalam.

Mukhriz berkata bantuan segera sebanyak RM300 telah pun disediakan untuk penduduk yang terjejas itu dengan jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak lebih awal turun ke lokasi terbabit menghulurk­an bantuan sepatutnya kepada mereka.

Kejadian ribut itu juga menyebabka­n seramai 39 pe

Sehubungan itu, kerajaan negeri akan membantu penduduk terjejas dari segi menyediaka­n bantuan tambahan untuk mereka membaik pulih rumah yang rosak. Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir Menteri Besar Kedah

sakit yang mengalami kecederaan mendapatka­n rawatan di hospital kerajaan di seluruh negeri ini selain merekodkan satu kes kematian di daerah Kubang Pasu melibatkan seorang penunggang motosikal wanita berumur 27 tahun.

Di KANGAR, kerajaan Perlis akan menyediaka­n bantuan membaiki rumah mangsa yang terjejas akibat ribut yang melanda negeri ini, Jumaat.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata bantuan berkenaan bergantung kepada kerosakan yang dialami keluarga terlibat.

“Kita akan bekerjsama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan bantuan diterima kepada keluarga mengikut kesesuaian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Azlan mengadakan perjumpaan dengan Ketua-ketua Jabatan berkaitan dan wakil-wakil rakyat di negeri bagi membincang­kan agihan bantuan kepada mangsa terlibat.

Beliau juga turut mengagihka­n bantuan berupa keperluan asas sepeti makanan dan minuman kepada mangsamang­sa.

Menurut Azlan, jumlah bantuan yang akan diberikan adalah antara RM5,000 dan RM30,000.

Beliau berkata seperti kejadian ribut sebelum ini, terdapat keluarga yang menerima bantuan membaiki rumah dan ada yang hanya mengalami kerosakan kecil seperti bumbung tercabut atau dinding yang runtuh.

Setakat ini jumlah rumah yang terjejas direkodkan sebanyak 883 buah, namun ada yang sudah disampaika­n bantuan dan bakinya akan diselesaik­an segera, katanya.

Kangar menjadi kawasan terjejas teruk dengan 303 buah rumah rosak namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU PENDUDUK: Mukhriz membantu penduduk setempat memotong daging korban ketika menghadiri Program Korban di Masjid Pida 3 Jitra, Jitra semalam.
— Gambar Bernama BANTU PENDUDUK: Mukhriz membantu penduduk setempat memotong daging korban ketika menghadiri Program Korban di Masjid Pida 3 Jitra, Jitra semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia