Utusan Borneo (Sarawak)

Pasangan suami isteri sebabkan kematian seorang lelaki direman

-

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang terbabit dalam satu pergelutan susulan kemalangan kecil di Lebuh Raya Utara Selatan selepas Plaza Tol Sungai Besi sehingga menyebabka­n seorang lelaki maut kelmarin, ditahan reman tujuh hari bermula semalam.

Perintah tahanan reman sehingga 17 Ogos terhadap pasangan suami isteri, masing-masing berusia 40 dan 36 tahun itu, dikeluarka­n di Mahkamah Kajang oleh Majistret Nor Afidah Idris.

Pasangan terbabit dilihat tiba di Mahkamah Kajang pada jam 12 tengah hari dengan menaiki kenderaan berasingan.

Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku akibat kemalangan kecil selepas Tol Sungai Besi menghala arah selatan di lebuh raya PLUS selepas kereta mangsa melanggar bahagian belakang kereta suspek.

Kedua-dua pemandu kemudian berhenti selepas persimpang­an Bandar Baru Bangi sebelum berlaku pergaduhan tetapi pengguna lebuh raya yang lain berjaya meleraikan pergaduhan itu dan kedua-dua pemandu balik ke kenderaan masingmasi­ng.

Bagaimanap­un, mangsa yang dipercayai tidak berpuas hati telah keluar dari kereta dengan membawa sebatang kayu besbol dan terus memukul bahagian hadapan kereta suspek.

Suspek kemudian memandu keretanya ke hadapan dalam keadaan tergesa-gesa dan terlanggar mangsa sehingga menyebabka­n mangsa tersepit di antara kereta dan penghadang jalan.

Mangsa kemudianny­a dibawa ke Nilai Medical Centre namun disahkan meninggal dunia semasa dirawat.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia