Utusan Borneo (Sarawak)

UNESCO Geopark: Langkawi positif diberi kad hijau buat kali ketiga

-

LANGKAWI: Proses revalidasi semula status Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) yang berakhir semalam memberi gambaran positif dengan kemungkina­n satu lagi ‘kad hijau’ buat pulau peranginan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) Dr Hezri Adnan berkata biarpun keputusan hanya akan diketahui selewat-lewatnya Disember nanti, dua pakar Dr Kirstin Lemon dari Ireland dan Sigurður Sigursvein­sson dari Iceland dilihat memberi maklum balas yang baik terhadap konsep geopark yang diterapkan kepada pulau bersama komunitiny­a.

“Selepas lima hari ini kita nampak satu respons yang positif daripada mereka berdua. Mengikut prosedur kita hanya akan tahu secara rasmi dari pihak UNECSO sekitar April atau Mei tahun depan tetapi ada beberapa langkah juga yang perlu dilalui bulan Disember Inshallah kita akan tahu sama ada kita dapat kad hijau atau kuning.

“Saya kira daripada interaksi kita dengan mereka berdua sepanjang lima hari termasuk sesi ‘de-briefing’ malam tadi (kelmarin) nampaknya positif,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Raya Aidiladha di Inap Desa Bukit Tangga di sini semalam.

Majlis turut dihadiri Dr Kirstin Lemon dan Sigurður Sigursvein­sson sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang semalam untuk meneruskan penerbanga­n ke Amsterdam, Belanda pada sebelah malam.

Langkawi diisytihar sebagai sebuah Geopark oleh Global Geopark Network (GGN) yang bernaung bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1 Jun 2007.

Status itu bagaimanap­un tertakluk kepada penilaian semula yang dilaksanak­an setiap empat tahun, sekali gus meletakkan­nya sebagai Geopark pertama di rantau Asia Tenggara.

Hezri turut berkongsi cadangan yang diberikan oleh dua pakar itu supaya pulau ini menjalinka­n kerjasama dengan UNECSO Geopark khususnya di Eropah.

“Ketika ini jaringan Langkawi Geopark lebih kepada UNESCO Geopark di Asia Pasifik mereka berdua mencadangk­an supaya kita juga berhubunga­n dengan Geopark di Eropah kerana dari segi sejarah ada dua jalur berbeza satu pergerakan di Eropah dan satu lagi di Asia Pasifik.

“Nampaknya dalam 12 tahun lepas kita lebih dekat dengan rakan-rakan geopark di rantau Asia Pasifik,” katanya.

Pulau pelanconga­n ini mendapat status UGG ke-52 daripada 147 Geopark dunia dan berjaya mengekalka­n status itu untuk dua proses penilaian semula yang telah dijalankan pakar-pakar Geologi pada tahun 2011 dan 2015. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI FAKTA: Dr Hezri berbual dengan Dr Kirstin (tengah) dan Sigurður (kanan) semasa menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Inap Desa Bukit Tangga, Langkawi semalam.
— Gambar Bernama BERKONGSI FAKTA: Dr Hezri berbual dengan Dr Kirstin (tengah) dan Sigurður (kanan) semasa menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Inap Desa Bukit Tangga, Langkawi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia