Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian kemiskinan PBB: Faktor setempat perlu diambil kira

Pertimbang­kan situasi pekerja asing di negara ini, gaji minimum

-

MEKAH: Jemaah haji Malaysia kini berada di Mina untuk melaksanak­an ibadah melontar jamrah, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman.

Beliau berkata semua jemaah haji Malaysia telah selesai menjalani ibadah wukuf di Arafah dan mula digerakkan untuk bermabit di Muzdalifah pada jam 6 petang kelmarin.

“Pada jam 10.05 malam semua jemaah sudah berada di Muzdalifah dan pada jam 11.50 malam yang diambil kira sebagai setengah malam, jemaah mula bergerak ke Mina.

“Jemaah haji Malaysia akan mula dibawa melontar mengikut jadual ditetapkan oleh Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi, selepas waktu Asar (3.47 petang waktu tempatan, 8.47 malam waktu Malaysia) hari ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ibadah Masyair bermula dengan wukuf di Arafah, berada seketika pada tengah malam di Muzdalifah, bermalam di Mina dan melontar di tiga Jamrah pada hari Tasyrik iaitu 11 hingga 13 Zulhijjah.

Musim haji tahun ini menyaksika­n 30,200 jemaah haji Malaysia mengerjaka­n Rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas TH.

Syed Saleh berkata jarak daripada khemah jemaah Malaysia di Mina ke tiga Jamrah itu Sugra, Wusta dan Kubra adalah kira-kira 7.5 kilometer, sehubungan itu, penting untuk TH meletak petugas di pos menunggu untuk memandu arah jemaah haji itu.

Beliau berkata dua ambulans diletakkan dalam perjalanan menuju ke jamrat itu dan satu lagi dalam perjalanan balik ke khemah bagi membantu memberi rawatan kepada jemaah yang memerlukan. — Bernama KUALA LUMPUR: Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengkaji kemiskinan tegar di Malaysia bermula minggu ini perlu mengambil kira beberapa faktor setempat dalam usaha untuk memperoleh keputusan yang menggambar­kan tahap kemiskinan sebenar di negara ini, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Dalam kenyataan semalam, Setiausaha Agung MTUC J. Solomon berkata antara faktor yang perlu diberi pertimbang­an ialah situasi pekerja asing di negara ini; gaji minimum; pendapatan setiap jam dan penilaian realistik daripada Indeks Harga Pengguna (CPI). KUALA LUMPUR: Ihsan menjadi tajuk utama khutbah di Arafah Sabtu, semasa jutaan jemaah haji dari pelbagai negara berpusu-pusu berhimpun di Arafah untuk menunaikan salah satu rukun ibadah haji.

Khutbah oleh Ahli Majlis Ulama Kanan Sheikh Muhammad Bin Hassan AlAsheikh itu mengingatk­an orang ramai supaya bukan sahaja sentiasa bersikap baik dan membuat kebajikan sesama insan, malah juga terhadap semua makhluk yang bernyawa.

“Dalam segala kurniaan Allah, tuhan menjadikan aspek berbuat baik dan kebajikan sebagai asas kepada hubungan antara manusia. Unsur ini ada dalam hubungan antara ibu bapa dan anakanak, antara suami isteri, dan juga sanak saudara,” katanya. — Bernama

Setiausaha Agung MTUC

“Perangkaan kasar jumlah pekerjaan negara akan menjadi petunjuk yang mengeliruk­an, disebabkan ia bukanlah faktor dalam penganggur­an dan kemerosota­n paras gaji yang disebabkan oleh beberapa faktor.

“Kaedah yang digunakan mesti realistik, termasuk penilaian paras pendapatan minimum untuk menjalani kehidupan yang baik di Malaysia,” katanya.

Solomon berkata MTUC menggesa misi PBB supaya memperluas­kan kajiannya agar meliputi penilaian bukan setakat kemiskinan tegar, tetapi juga kemiskinan relatif dan sejauh mana masalah yang melibatkan kalangan pekerja miskin di negara ini.

Pelapor Khas PBB Philip Alston akan melakukan misi mencari maklumat selama 10 hari ke Malaysia bermula 13 Ogos dan pemerhatia­n awal serta cadangan berkaitan kemiskinan tegar dan hak asasi manusia akan dibentangk­an setelah misi itu tamat pada 23 Ogos.

Laporan akhir oleh Pelapor Khas ke Malaysia itu akan dikemukaka­n kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva pada Jun 2020. — Bernama

Perangkaan kasar jumlah pekerjaan negara akan menjadi petunjuk yang mengeliruk­an, disebabkan ia bukanlah faktor dalam penganggur­an dan kemerosota­n paras gaji yang disebabkan oleh beberapa faktor.

J. Solomon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia