Utusan Borneo (Sarawak)

Ribut: Buat laporan polis sebelum pohon bantuan

-

MELAKA: Kerajaan negeri akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam isu penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin bagi menyelesai­kan perkara tersebut melalui perbincang­an dan ‘musyawarah’.

Ketua Menteri Adly Zahari berharap isu berkaitan penceramah agama di negeri ini dapat diselesaik­an secara budi bicara dan bukannya menerusi tindakan undangunda­ng.

“Boleh selesaikan menerusi budi bicara dan penambahba­ikan sistem yang sedia ada, kalau ada pelanggara­n peraturan, ia perlu diselesaik­an menerusi perbincang­an,” katanya. — Bernama GEORGE TOWN: Para pemilik rumah-rumah kediaman di Pulau Pinang yang mengalami kerosakan akibat kejadian ribut yang berlaku pada malam Jumaat lepas diminta membuat laporan polis segera bagi membolehka­n mereka menerima bantuan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri ini, Phee Boon Poh berkata kerajaan negeri mempunyai dua jenis bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa yang terlibat dalam bencana di Pulau Pinang.

Beliau berkata mangsa perlu mengambil gambar keadaan rumah kediaman mereka sebelum memohon bantuan dari kerajaan negeri iaitu Bantuan Bencana Alam Negeri Pulau Pinang dan juga Tabung Yang Dipertua Negeri (TYT).

“Setakat ini, kami masih dalam proses untuk mengenalpa­sti jumpa mangsa yang terlibat dalam ribut yang berlaku pada malam Jumaat lepas dan mereka patut membuat laporan polis untuk membuat permohonan bantuan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Tambahnya, kedua-dua bantuan itu merupakan bantuan yang berbeza dimana Bantuan Bencana Alam akan memberikan bantuan maksima RM500.00 manakala bantuan Tabung TYT akan memberikan maksimum 10 peratus daripada jumlah kerosakan kediaman tidak melebihi RM5,000 kepada setiap satu pemohon yang layak.

Berikutan sambutan Hari Raya Aidiladha semalam, Phee berkata agak sukar bagi pihaknya mengumumka­n angka sebenar mengenai jumlah mangsa yang terlibat, namun jumlahnya dianggar lebih 500 kediaman.

Hujan lebat dan angin kencang yang melanda beberapa tempat di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah pada malam Jumaat lepas, mengakibat­kan banyak kejadian pokok tumbang dan bumbung diterbangk­an angin, selain kerosakan fizikal terhadap kemudahan awam dan menjejaska­n lalu lintas.

Di Pulau Pinang, dilaporkan 300 kejadian pokok tumbang dengan tiga buah pusat pemindahan sementara dibuka, melibatkan 71 mangsa, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, Phee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Puyu berkata beliau difahamkan oleh pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) bahawa kerja-kerja membaik pulih gangguan bekelan elektrik berikutan kejadian ribut sedang giat dijalankan.

Katanya setakat jam 4 petang semalam, kerja-kerja membaik pulih aduan gangguan elektrik telah mencapai 89 peratus selesai dan pihak TNB juga ingin menasihatk­an orang ramai agar tidak menyentuh mana-mana wayar elektirk yang terjatuh, tergantung atau terjuntai bagi mengelakka­n daripada terkena renjatan elektrik.

“Pihak TNB telah menerima sejumlah 2,114 aduan dimana 1,875 telah berjaya diselesaik­an manakala 239 aduan lagi masih dalam proses penyelesai­an pasukan teknikal TNB,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia