Utusan Borneo (Sarawak)

Misi Man City pertahan kejuaraan EPL berada di landasan

City belasah West Ham 5-0, Kane wira Hotpsur dengan jaringan lewat pada perlawanan pertama musim baharu EPL

-

LONDON, England: Raheem Sterling menjaringk­an hatrik ketika Manchester City memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan bergaya sebelum Harry Kane menjaringk­an dua gol lewat untuk melengkapk­an satu kebangkita­n ketika menentang Aston Villa Sabtu lepas.

City membelasah West Ham United 5-0 pada perlawanan awal tetapi walaupun aksi cemerlang City, penggunaan sistem video bantuan pengadil (VAR) buat kali pertama dalam Liga Perdana Inggeris ternyata menjadi perdebatan hangat.

Pada perlawanan lewat, finalis Liga Juara-Juara, Spurs, bangkit dari ketinggala­n awal sebelum menewaskan pendatang baharu liga, Villa, 3-1, menerusi gol pemain baharu kelab, Tanguy Ndombele dan dua gol dalam tempoh lima minit dari Kane.

Pada perlawanan lain, turut ada kemenangan besar buat Burnley dan Brighton.

City, di mana perlawanan di Stadium London, terganggu oleh beberapa semakan VAR, melihat satu gol tidak dibenarkan dalam keputusan yang paling sukar kepada Sterling dan Sergio Aguero diberikan peluang mengambil semula tendangan penalti selepas semakan VAR apabila penjaga gol West Ham terlebih dahulu keluar dari garisan gol untuk menepis penalti.

“Apa yang saya harapkan ialah VAR tidak melakukan kesilapan,” kata pengurus

Permulaan sempurna? Dari segi keputusan, ya, dari segi prestasi, tidak. Dalam separuh masa pertama, kami tidak melakukan hantaran kemas. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

City, Pep Guardiola, yang merasakan gol pasukannya yang tidak dibenarkan seharusnya sah.

Kemenangan 4-1 Liverpool ke atas Norwich Jumaat lepas memberikan isyarat kepada City di mana mereka berdepan dengan satu lagi saingan sengit selepas terlepas kejuaraan kepada City dengan kurang satu mata.

Tetapi dalam satu petanda membimbang­kan untuk mereka yang cuba menghalang anak buah Guardiola untuk memburu kejuaraan liga yang ketiga berturuttu­rut, City kelihatan tidak berdepan masalah mencipta kemenangan walaupun tidak beraksi di tahap terbaik mereka sebelum rehat.

City mendahului kedudukan pada masa rehat menerusi gol pembukaan Gabriel Jesus tetapi meningkatk­an permainan selepas rehat dengan Sterling menjaringk­an dua gol untuk kedudukan 3-0.

Aguero kemudian menafikan Sterling satu peluang mengesahka­n hatrik dari sepakan penalti untuk kedudukan 4-0 sebelum penyerang antarabang­sa England itu akhirnya melengkapk­an hatrik pada minit akhir permainan.

“Permulaan sempurna? Dari segi keputusan, ya, dari segi prestasi, tidak,” kata Guardiola, yang sentiasa menuntut kesempurna­an. “Dalam separuh masa pertama, kami tidak melakukan hantaran kemas.”

Pada perlawanan lewat, Spurs tersentak awal apabila Villa membuka jaringan menerusi gol John McGinn.

Tetapi asakan demi asakan dari finalis Liga JuaraJuara akhirnya menyaksika­n Ndombele mengikat kedudukan pada minit ke73. Kane mengecewak­an pasukan pelawat dengan gol pendahulua­n Spurs pada minit ke-86 sebelum menamatkan sebarang harapan Villa mencari gol penyamaan dengan gol ketiga pada minit akhir permainan. “Kami memulakan separuh masa kedua dengan lebih baik,” kata Kane. “Apabila Tanguy menjaringk­an

gol penyamaan, ia kemudian pecutan sepenuhnya hingga akhir permainan. Nasib baik ada beberapa peluang yang dapat saya sempurnaka­n.

“Ia adalah perlawanan pertama tetapi ia sentiasa menarik untuk menang dan menang di tempat sendiri,” tambah kapten skuad kebangsaan England itu.

Pengurus baharu Brighton, Graham Potter, membuat permulaan impian di kelab apabila pasukannya menewaskan finalis Piala FA musim lepas, Watford, 3-0 di Vicarage Road.

Gol sendiri Abdoulaye Doucoure meletakkan Brighton di hadapan pada masa rehat sebelum Florin Andone dan Neil Maupay pada penampilan sulungnya, memastikan tiga mata penuh buat pasukan yang berjaya mengelak penyingkir­an pada saat akhir musim lepas.

Burnley menang 3-0 di Turf Moor ketika dua gol Ashley Barnes dan Johann Gudmundsso­n memastikan kekalahan teruk Southampto­n.

Pada perlawanan lain, Crystal Palace seri tanpa jaringan dengan Everton sementara Sheffield United menjaringk­an gol penyamaan lewat untuk mengikat Bournemout­h 1-1. — AFP

 ?? — Gambar Reuters
— Gambar AFP ?? PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Ham dan Manchester City di Stadium London, Britain.
GUARDIOLA MENYERLAH: Kane jaring dua gol buat Hotspur untuk catat kemenangan selesa 3-1 ke atas Aston Villa.
— Gambar Reuters — Gambar AFP PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Ham dan Manchester City di Stadium London, Britain. GUARDIOLA MENYERLAH: Kane jaring dua gol buat Hotspur untuk catat kemenangan selesa 3-1 ke atas Aston Villa.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia