Utusan Borneo (Sarawak)

Villas-Boas dikecewaka­n pada hari pertama selaku jurulatih Marseille

-

PARIS, Perancis: Andre Villas-Boas berkata kekalahan perlawanan pertama sebagai jurulatih baharu Marseille Sabtu lepas adalah ‘sukar untuk diterima’ ketika beliau membuat kepulangan ke pengurusan bola sepak.

Marseille tewas 0-2 kepada Reims di tempat sendiri pada aksi pembukaan musim baharu Ligue 1 Perancis.

Bekas jurulatih FC Porto, Chelsea dan Tottenham Hotspur itu kembali sebagai jurulatih buat kali pertama sejak meninggalk­an kelab Shanghai SIPG pada 2017 tetapi melihat gol separuh masa kedua oleh Boulaye Dia dan Suk Hyun-junk menewaskan pasukannya pada perlawanan di Velodrome.

“Ia sukar untuk diterima. Kami terlalu perlahan melakukan serangan dan gagal mencari sebarang ruang,” kata beliau.

“Sememangny­a kami perlu lebih yakin, dan untuk melakukann­ya, ia semakin sukar selepas kekalahan di tempat sendiri tetapi kami harus terus berusaha.” Villas-Boas diberikan tugas sukar untuk membawa Marseille kembali ke Liga JuaraJuara buat kali pertama sejak 2013, selepas menggantik­an tempat Rudi Garcia.

Tetapi berdasarka­n apa yang dilihat Sabtu lepas, beliau berdepan satu tugas yang sangat sukar dengan pasukan yang menamatkan musim lepas di tangga kelima, terlepas sebarang aksi di Eropah.

Beliau meletakkan pemain baharu, Dario Benedetto dan Alvaro Gonzalez, di bangku simpanan dengan penyerang utama, Florian Thauvin tidak beraksi kerana kecederaan.

Beliau melihat pasukannya bermula hambar selepas gagal melakukan sebarang cubaan tempat ke pintu gol dalam separuh masa pertama dan berterima kasih kepada penjaga golnya, Steve Mandanda yang menepis cubaan Moussa Doumbia dan Dia untuk mengekalka­n kedudukan tanpa jaringan pada masa rehat.

Marseille akhirnya menguji penjaga gol Reims, Predrag Rajkovic tujuh minit selepas rehat apabila menepis rembatan lemah Dimitri Payet.

Pemain tengah Marseille, Kevin Strootman, kemudian melihat rembatanny­a terkena palang pada minit ke-57 sebelum Reims membuka jaringan tidak lama selepas itu apabila Dia berganding­an cantik dengan Tristan Dingome sebelum melakukan penyudah.

Benedetto, yang membuat penampilan sulung dalam Ligue 1 ketika berbaki 17 minit permainan, bagaimanap­un gagal memberikan sebarang impak selepas pemain gantian, Reims, Suk, melengkapk­an jaringan ketika berbaki tiga minit permainan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? REMBATAN KENCANG: Penyerang Reims, Boulaye Dia (kiri) melakukan rembatan ke arah gawang Marseille semasa aksi perlawanan Ligue 1 di Stadium Velodrome di Marseille.
— Gambar AFP REMBATAN KENCANG: Penyerang Reims, Boulaye Dia (kiri) melakukan rembatan ke arah gawang Marseille semasa aksi perlawanan Ligue 1 di Stadium Velodrome di Marseille.
 ??  ?? VILLAS-BOAS
VILLAS-BOAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia