Utusan Borneo (Sarawak)

Barca menang besar 4-0 ke atas Napoli, Griezmann jaringkan gol sulungnya

-

WASHINGTON: Luis Suarez menjaringk­an dua gol, Antoine Griezmann menjaringk­an gol sulung beliau untuk Barcelona ketika skuad tanpa Lionel Messi itu membelasah Napoli 4-0 pada perlawanan pramusim terakhir menjelang musim baharu La Liga Sepanyol.

Enam hari sebelum Barcelona memulakan musim baharu dengan menentang Atletico Madrid, dan dengan khabar angin baharu kemungkina­n kepulangan Neymar ke Barca, kelab Nou Camp itu membelasah lawan yang mereka tewaskan 1-2 di Miami pada pertengaha­n minggu.

Messi tidak langsung bersama-sama skuad ke AS kerana kecederaan betis tetapi ketiadaan Messi ternyata bukan satu masalah.

Sejumlah 60,043 penonton hadir di Stadium Michigan untuk menyaksika­n perlawanan menghiburk­an dari Barcelona, yang menjaringk­an empat gol dalam 15 minit untuk menamatkan cabaran Napoli.

Suarez membuka jaringan pada minit ke-48 apabila merembat bola muntah selepas rembatan Griezmann ditepis, dengan bantahan pemain Napoli di mana Griezmann berkeduduk­an ofsaid tidak diendahkan pengadil.

Griezmann menjaringk­an gol pertama beliau bersama Barcelona selepas perpindaha­n dari Atletico Madrid pada minit ke-56 selepas umpanan cantik Jordi Alba untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Sebelum Napoli dapat meningkatk­an lagi permainan mereka, Suarez menjaringk­an gol kedua peribadi dan ketiga perlawanan pada minit ke58 apabila melakukan satu rembatan dari hujung kotak penalti.

Seorang lagi penyerang Barca, Ousmane Dembele, melengkapk­an jaringan pada minit ke-63, juga dari rembatan di luar kotak penalti.

Dalam perkembang­an lain, Neymar tidak disenaraik­an pada perlawanan pembukaan kelabnya, Paris Saint Germain (PSG) dengan pengarah kelab, Leonardo berkata rundingan perpindaha­n “masih di peringkat awal,” berhubung sebarang perpindaha­n pemain antarabang­sa Brazil itu.

Satu perpindaha­n ke Real Madrid atau kepulangan ke Barcelona dilihat sebagai kemungkina­n destinasi untuk pemain bola sepak paling mahal di dunia itu, dengan media Sepanyol berkata Jumaat lepas di mana Real Madrid akan bersaing dengan Barca untuk mendapatka­n khidmat penyerang berusia 27 tahun itu. — AFP

 ?? — Gambar USA TODAY Sports ?? PERTEMBUNG­AN DI UDARA: Antara babak-babak aksi perlawanan pramusim di antara Barcelona dan Napoli yang berlangsun­g di Stadium Michigan, AS.
— Gambar USA TODAY Sports PERTEMBUNG­AN DI UDARA: Antara babak-babak aksi perlawanan pramusim di antara Barcelona dan Napoli yang berlangsun­g di Stadium Michigan, AS.
 ??  ?? GRIEZMANN
GRIEZMANN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia