Utusan Borneo (Sarawak)

Kaiserslau­tern menang 2-0 untuk singkirkan kelab dari Bundesliga itu pada aksi Piala Jerman

-

BERLIN, Jerman: Mainz adalah salah satu dari dua pasukan dari Bundesliga Jerman yang disingkirk­an dari Piala Jerman di pusingan pertama selepas tewas 0-2 di Kaiserslau­tern Sabtu lepas.

Pemain tengah, Florian Pick, memastikan kemenangan bergaya untuk Kaiserslau­tern, kelab divisyen tiga dengan gol minit ke-90 selepas penalti Manfred Starke meletakkan mereka di hadapan pada minit ke-63.

“Kami hilang fokus selepas ketinggala­n,” kata pemain tengah Mainz, Daniel Brosinski.

Kaiserslau­tern, juara empat kali Bundesliga Jerman, bukan satu-satu pasukan yang mengejutka­n kelab Bundesliga Jerman Sabtu lepas apabila kelab divisyen empat, SC Verl menewaskan Augsburg 2-1.

Pertahanan Augsburg kelihatan belum serasi dalam separuh masa pertama selepas gol sendiri Marek Suchy dan gol Ron Schallenbe­rg meletakkan Verl mendahului 2-0.

Penalti Andre Hahn pada minit ke-83 untuk merapatkan kedudukan hanya menjadi gol sagu hati Augsburg.

“Verl selayaknya menang dan kami masih perlu banyak yang harus diperbaiki sebelum menentang Dortmund hujung minggu hadapan,” kata jurulatih Augsburg, Martin Schmidt.

Pada perlawanan lain, Fortuna Duesseldor­f bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan kelab divisyen lima, Villingen.

Rouwen Hennings dan Kevin Ofori memastikan kemenangan Duesseldof­t dalam masa tambahan selepas Nana Ampomah mengikat gol pembukaan Steven Ukoh.

Hoffenheim juga terselamat dari penyingkir­an selepas mensia-siakan dua pendahulua­n gol ketika menentang kelab divisyen tiga, Wuerzburge­r Kickers.

Gol dari Ihlas Bebou dan Pawel Kaderabek meletakkan Hoffenheim diambang kemaraan ke pusingan kedua sebelum Wuerzburg mengikat kedudukan menerusi gol Fabio Kaufmann dan Albion Vrenezi.

Adam Szalai meletakkan Hoffenheim 3-2 di hadapan pada masa tambahan tetapi Luca Pfeiffer mengikat kedudukan 3-3 pada lewat perlawanan, yang kemudian ditentukan menerusi sepakan penalti.

Tuah tidak memihak kepada Wuerzburg apabila penjaga gol Hoffenheim, Oliver Baumann menepis dua tendangan penalti.

Penyokong Schalke menggunaka­n kemenangan 5-0 ke atas Drochterse­n/Assel untuk membantah pengerusi kelab, Clemens Toennies, yang meletak jawatan buat seketika ekoran skandal perkauman pada awal bulan ini.

Penyokong membentang sepanduk bertulis “Toennies keluar” sebelum melihat pasukan mereka melangkah ke pusingan kedua menerusi gol Steven Skrzybski, Guido Burgstalle­r, Munir Mercan dan Daniel Caligiuri.

Pada perlawanan lain, Bayer Leverkusen menewaskan kelab divisyen empat, Alemannia Aachen 4-1 sementara Freiburg menewaskan kelab divisyen tiga, Magdeburg 1-0 dan Werder Bremen membelasah Atlas Delmenhors­t 6-1. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DENGAN TENANG: Pemain Kaiserslau­tern, Manfred Starke menjaringk­an gol pertama buat pasukannya pada aksi pusingan pertama Piala Jerman menentang Mainz di Stadium Walter-Fritz di Jerman.
— Gambar Reuters DENGAN TENANG: Pemain Kaiserslau­tern, Manfred Starke menjaringk­an gol pertama buat pasukannya pada aksi pusingan pertama Piala Jerman menentang Mainz di Stadium Walter-Fritz di Jerman.
 ?? — Gambar USA TODAY Sports ?? KEPUTUSAN SUKAR: Monfils melambaika­n tangan ke arah penonton selepas umum penarikan diri daripada kejohanan itu.
— Gambar USA TODAY Sports KEPUTUSAN SUKAR: Monfils melambaika­n tangan ke arah penonton selepas umum penarikan diri daripada kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia