Utusan Borneo (Sarawak)

Serena melangkah ke final WTA Toronto

-

TORONTO, Kanada: Serena Williams bangkit dari ketinggala­n untuk mengelak kekalahan mengejut dan mengesahka­n kemaraan ke final apabila menewaskan pemain kelayakan dari Republik Czech, Marie Bouzkova 1-6, 6-3 dan 6-3 pada kejohanan WTA Toronto di sini Sabtu lepas.

Di final, beliau akan bertemu pemain remaja tuan rumah, Bianca Andreescu.

Williams bergelut mencari rentak pada set pertama menentang pemain berusia 21 tahun dari Czech, yang tidak menunjukka­n sebarang debaran bermain perlawanan separuh akhir WTA pertama beliau menentang lawan yang menjadi idolanya ketika membesar.

Bouzkova mendahului pantas 4-1 sebelum mengesahka­n kemenangan set pertama dalam masa hanya 29 minit tetapi Williams bangkit segera dan memenangi dua set berikutnya.

Konsistens­i yang ditunjukka­n Bouzkova pada set pertama, tibatiba hilang pada dua set berikutnya, membolehka­n Williams mengambil sepenuh kesempatan untuk melangkah ke final.

“Beliau beraksi dengan sangat baik terutama sekali pada set pertama, pergerakan dan permainan beliau cukup mantap,” kata Williams.

Prestasi cemerlang Bouzkova sepanjang minggu termasuk kemenangan ke atas juara Terbuka Amerika (AS) 2017, Sloane Stephens, bekas juara Terbuka Perancis, Jelena Ostapenko dan satu pertemuan menentang juara Wimbledon, Simona Halep, yang bagaimanap­un menarik diri kerana kecederaan selepas tewas set pertama di suku akhir.

Williams tiba di Toronto dengan harapan untuk menimba lebih banyak pengalaman beraksi di permukaan simen sebelum kejohanan Grand Slam terakhir tahun ini di Terbuka AS yang bermula 26 Ogos depan.

Beliau akan memburu kejuaraan pertama sejak kembali beraksi pada 2018 setelah melahirkan anak perempuan dan akan menentang pemain remaja tuan rumah, Andreescu, yang menewaskan Sofia Kenin 6-4 dan 7-6(7/5) pada perlawanan separuh akhir kedua. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? TERUSKAN KEMARAAN: Serena ketika beraksi menentang Bouzkova pada aksi separuh akhir kejohanan WTA Toronto di Kanada.
— Gambar AFP TERUSKAN KEMARAAN: Serena ketika beraksi menentang Bouzkova pada aksi separuh akhir kejohanan WTA Toronto di Kanada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia