Utusan Borneo (Sarawak)

70 guru hadiri Bengkel Pengenalan Sukan Petanque

-

BINTULU: Seramai 70 peserta terdiri daripada guru di Bintulu menyertai Bengkel Pengenalan Sukan Petanque selama dua hari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemena baru-baru ini.

Bengkel teori diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Kemena dan praktikal di Gelanggang Petanque Arena Jepak.

Bengkel itu merupakan anjuran Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Persatuan Petanque Negeri Sarawak (PEPSAR).

Pegawai Menguasa MSN Miri mewakili Pengarahny­a Kennedy Suwi berkata, bengkel disertai 70 peserta dari SMK Kemena, SMK Bintulu, SMK Sebauh, SMK Baru dan SMK Kidurong yang terdiri daripada para pelajar dan guru itu bertujuan mencari bakatbakat bagaru.

Selain itu katanya, ia juga untuk menubuhkan Pusat Pembanguna­n Sukan Petanque di Bintulu sekali gus menjadikan SMK Kemena sebagai pusat pembanguna­nnya.

"SSC akan mengadakan bengkel ini di seluruh Sarawak dan sebelum ini telah diadakan di Kuching, Samarahan dan Serian," ujarnya pada majlis penutupan bengkel itu semalam.

Beliau berharap semua pelajar dan guru dapat menggunaka­n ilmu yang telah diajar oleh ketua jurulatih sukan petanque Sarawak yang berpengala­man Ahmad Sabri.

Pengetua SMK Kemena Mastura Mohammad Mansor berharap sukan itu akan terus maju dan sekolah-sekolah di Bintulu dapat mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020.

"SMK Kemena telah menjadikan sukan petanque sebagai sukan utamanya dan pada 2017 seorang pelajarnya telah mewakili Malaysia ke Kejohanan Petanque Piala Remaja di China," ujarnya.

Hadir sama Pegawai Pembanguna­n Sukan Petanque SSC Eqa Eqma Bujang Adris, Setiausaha Kehormat PEPSAR Janudin Abdul Rahman, Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Kemena Ismawi Bujang, guru-guru dan para pelajar sekitar Bintulu. KUCHING: Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merasmikan Kejohanan Bola Baling Antara SekolahSek­olah Menengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai turut meluangkan masa bersama peserta pada kejohanan itu yang diadakan di Stadium Perpaduan di sini.

Antara sekolah yang mengambil bahagian merangkumi SekolahMen­engahKeban­gsaan (SMK)TunAbangHa­jiOpeng, Sekolah Seni Malaysia Sarawak, SMK Santubong, SMK Agama Matang, SMK Bandar Samariang dan SMK Demak sebagai sekolah jemputan.

SMK Tun Abang Haji Openg muncul juara pasukan pelajar lelaki manakala SMK Santubong menjuarai kategori pelajar perempuan.

 ??  ?? RASMI: Dr Abdul Rahman merasmikan Kejohanan Bola Baling Antara Sekolah-Sekolah Menengah dalam kawasan DUN Pantai Damai di Kuching, baru-baru ini.
RASMI: Dr Abdul Rahman merasmikan Kejohanan Bola Baling Antara Sekolah-Sekolah Menengah dalam kawasan DUN Pantai Damai di Kuching, baru-baru ini.
 ??  ?? BERLATIH: Peserta menjalani latihan Bengkel Pengenalan Sukan Petanque.
BERLATIH: Peserta menjalani latihan Bengkel Pengenalan Sukan Petanque.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia