Utusan Borneo (Sarawak)

Kecanggiha­n radioterap­i tambah baik kualiti rawatan kanser

-

KECANGGIHA­Nteknologi dalam bidang perubatan hari ini telah menambah baik kualiti rawatan untuk pesakit kanser dan dalam sesetengah keadaan, dapat menjamin kelangsung­an jangka hayat pesakit berkenaan.

Antara kaedah rawatan yang sinonim dengan penyakit itu adalah radioterap­i di mana sinaran radiasi mengion ditujukan ke bahagian badan yang diserang kanser untuk membunuh sel-sel kanser.

Walaupun kaedah itu bukan sesuatu yang baharu, namun masih ada yang tidak menyedari bahawa kaedah radioterap­i sekarang jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kini terdapat teknik canggih rawatan itu iaitu ‘Stereotact­ic Radiosurge­ry’ (SRS/SRT) dan ‘Volume Modulated Arc Therapy’ (VMAT).

Pakar Onkologi dan Radioterap­i Hospital Pantai Sungai Petani D r Shazril Imran Shaukat berkata Stereotakt­ik Radiosurge­ri (SRS) dan Stereotakt­ik Radioterap­i

(SRT) adalah kaedah rawatan radioterap­i membolehka­n pemberian dos yang tinggi, fokus dan tepat ke kawasan rawatan yang berisipadu kecil.

“Kaedah rawatan radioterap­i dengan SRS/SRT ini mampu menentukan kedudukan sel barah pada tubuh badan pesakit dengan sasaran tepat untuk radiasi diberikan kepada pesakit kanser, begitu juga dengan teknologi VMAT ini lebih tepat jika dibandingk­an dengan teknologi sebelumnya.

“Dos tinggi radiasi diberikan kepada sel barah itu dapat digunakan untuk menyembuh, mengawal atau mengurangk­an simptom dialami pesakit kanser,” katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di sini.

Katanya, kaedah radioterap­i memang membawa kesan sampingan kepada pesakit kerana dos radiasi yang ditujukan kepada sel kanser turut terkena kepada sel sihat, namun dengan kecanggiha­n teknik SRS dan VMAT ini kesan tersebut dapat dikurangka­n.

Dr Shazril Imran berkata, kaedah rawatan radioterap­i dengan teknik tersebut juga memberi peluang yang amat tinggi untuk pesakit kanser tahap satu dan dua untuk sembuh sepenuhnya selain perlu mengamalka­n gaya hidup sihat.

Beliau seterusnya menyeru masyarakat terutama individu yang disahkan menghidap kanser untuk tidak berputus asa dan mengubah tanggapan mengenai penyakit itu dengan kematian dan rawatan kemoterapi sematamata.

“Rawatan kanser tidak bermakna perlu kemoterapi sahaja, dalam zaman sekarang ada yang dirawat dengan radioterap­i, terapi bersasar dan juga imunoterap­i.

“Kepelbagai­an pilihan rawatan kini banyak, dapatkanla­h nasihat pakar, jangan takut dan jangan ambil jalan mudah dengan berjumpa bomoh atau terpedaya dengan janji manis penjual suplemen,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DALAM CATATAN REKOD: Dr Shazril
menunjukka­n bilangan kanakkanak yang menderita akibat kanser
di negeri Kedah ketika ditemu ramah mengenai rawatan kanser di
Hospital Pantai Sungai Petani.
— Gambar Bernama DALAM CATATAN REKOD: Dr Shazril menunjukka­n bilangan kanakkanak yang menderita akibat kanser di negeri Kedah ketika ditemu ramah mengenai rawatan kanser di Hospital Pantai Sungai Petani.
 ??  ??
 ??  ?? DR SHAZRIL
DR SHAZRIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia