Utusan Borneo (Sarawak)

Tanzania kebumi puluhan korban letupan lori tangki minyak

Bencana berlaku ketika mangsa mengambil minyak petrol dari kenderaan yang terbalik ragut 71 nyawa, 59 tercedera

-

MOROGORO: Tanzania kelmarin mengebumik­an sebahagian daripada 71 orang yang terbunuh ketika cuba mengambil minyak petrol dari sebuah lori tangki minyak yang terbalik dan kemudian meletup.

Letupan, yang berlaku pada Sabtu lepas berhampira­n pekan Morogoro di barat ibu negara ekonomi Dar es Salaam, merupakan yang terbaharu dalam satu siri bencana sama di Afrika.

Presiden John Magufuli mengumumka­n tempoh berkabung sehingga semalam. Beliau telah diwakili di beberapa upacara pengebumia­n oleh Perdana Menteri Kassim Majaliwa.

Majaliwa bercakap pada upacara di Kola, kurang 20 minit dari mana bencana itu berlaku kira-kira 200 kilometrer di barat Dar es Salaam.

Beliau memberikan angka kematian baharu seramai 71 orang, di samping 59 yang tercedera.

Keranda putih telah diturunkan ke dalam liang lahad oleh anggota pasukan keselamata­n, selepas paderi Kristian atau imam Islam melakukan sembanyang ringkas dan membuang segenggam tangan ke atasnya.

Seorang paderi Pentecosta­l bernama Mechak berkata pada upacara sembahyang yang disiarkan di televisyen bahawa “ini seharusnya bertindak sebagai satu pengajaran bagi kita. Ketika terdapat kemalangan seperti ini kita seharusnya memastikan keadaan selamat dan membiarkan anggota penyelamat melakukan tugas mereka.”

Ujian DNA akan dilakukan terhadap beberapa mayat yang rentung hingga sukar dikenal pasti, kata Menteri Hal Ehwal Parlimen Jenista Mhagama, sambil menambah bahawa beberapa keluarga boleh menuntut mayat orang tersayang mereka dan menguruska­n pengebumia­n mereka sendiri sekiranya mereka memilih sebegitu.

Seorang wanita yang menemani jirannya untuk menuntut mayat seorang mangsa di hospital berkata: “Apabila saya melihat mangsa tercedera seluruh badan saya menggigil. Mereka telah terbakar seperti cebisan daging.”

Beberapa saksi menyatakan lori itu terbalik ketika ia cuba mengelak sebuah motosikal dan penduduk tempatan segera berkumpul di tempat kejadian bagi mengambil minyak.

Letupan berlaku apabila seorang lelaki cuba mengambil bateri lori, mencetuska­n percikan yang membakar minyak, menurut gabenor wilayah tersebut.

Rakaman dari tempat kejadian menunjukka­n lori itu diselubung­i asap dan api, dengan mayat yang rentung dan rangka beberapa teksi motosikal yang hangus terbakar berselerak di atas tanah di antara pokok-pokok yang terbakar.

Satu rakaman video yang tular di media sosial yang diambil sebelum letupan menunjukka­n beberapa orang membawa tong minyak kuning di sekeliling lori itu.

“Kami tiba di tempat kejadian dengan dua jiran sejurus selepas lori itu terbalik. Ketika beberapa orang awam yang baik hati sedang cuba membantu pemandu serta dua orang keluar dari lori, sekumpulan yang lain telah berasak-asak antara satu sama lain, sambil membawa botol minyak, bagi mengumpulk­an petrol,” seorang guru, January Michael memberitah­u AFP.

“Pada masa yang sama, seseorang sedang cuba mengeluark­an bateri dari kenderaan itu. Kami memberikan amaran bahawa lori itu mungkin meletup pada bila-bila masa namun tiada sesiapa yang mahu mendengar, maka kami pergi dari situ, namun tidak lama selepas kami beredar dari situ, kami mendengar bunyi letupan.”

Kelmarin, Presiden Magufuli telah melawat sebahagian mangsa yang tercedera di sebuah hospital di Dar es Salaam.

“Semoga Tuhan menyembuhk­an kamu,” kata beliau kepada 43 pesakit, sebahagian daripada mereka berada dalam keadaan sangat serius.

Majaliwa kelmarin berkata sebuah jawatankua­sa khas akan menyiasat sama ada kesilapan pengurusan telah menyumbang kepada bencana tersebut.

“Ketika rakyat kita yang kini sudah mati sedang mengumpul minyak tumpah, adakah sesiapa yang cuba untuk menghalang mereka?” soal Majaliwa.

Magufuli telah menyeru kepada orang ramai agar berhenti mencuri minyak dengan cara sebegitu, satu kejadian biasa di sekitar Afrika, menyatakan beliau “sangat terkejut” dengan amalan berbahaya ini. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SELAMAT BERSEMADI: Anggota tentera memberi penghormat­an terakhir sebelum mengebumik­an mayat puluhan orang yang terbunuh dalam letupan lori tangki minyak di Morogoro, timur Tanzania kelmarin.
— Gambar Reuters SELAMAT BERSEMADI: Anggota tentera memberi penghormat­an terakhir sebelum mengebumik­an mayat puluhan orang yang terbunuh dalam letupan lori tangki minyak di Morogoro, timur Tanzania kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia