Utusan Borneo (Sarawak)

BAS HIDROGEN BEROPERASI SECARA PERCUMA MULAI 15 SEPTEMBER

Dua bas disediakan untuk kemudahan orang awam manakala satu lagi dikhaskan untuk pelancong: Aziz

- Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Sebanyak tiga bas hidrogen akan mula beroperasi secara percuma bermula 15 September ini.

Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain berkata mulai tarikh itu, dua bas disediakan untuk kemudahan orang awam manakala satu lagi dikhaskan untuk pelancong.

“Sebagai permulaan, sebuah bas akan disediakan untuk kegunaan orang awam dan sebuah lagi akan digunakan sekiranya terdapat keperluan.

“Manakala sebuah lagi bas dikhaskan untuk pelan

Pengerusi SEDC

cong yang tinggal di hotel untuk memudahkan mereka menuju ke lokasi pelanconga­n di sini.

“Perkhidmat­an bas bagi pelancong akan disertakan dalam pakej lawatan mereka. Ia adalah percuma sehingga kerajaan bercadang untuk mengenakan bayaran sekiranya perlu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengagihan Daging Korban 2019 di Menara SEDC, Isthmus di sini semalam.

Sehingga kini, tiada sebarang aduan diterima berkaitan lesen dan permit dalam melaksanak­an perkhidmat­an tersebut.

“Kita telah memperoleh­i kelulusan daripada Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) untuk memulakan perkhidmat­an bas hidrogen di bandar raya ini.

“Perkhidmat­an bas hidrogen ini perlu kita laksanakan secara percubaan supaya ia berjalan dengan lancar terutama bagi proses mengisi bahan api yang digunakan bas berkenaan,” ujarnya.

Laluan yang akan dilalui bas tersebut adalah di sepanjang Tebingan Kuching ke Santubong, Jalan Tun Abdul Rahman Yakub ke Medan Niaga Kubah Ria, Jalan Abell, Jalan Padungan, Jalan Sentral Timur, Jalan Tun Haji Openg, Jalan Satok, Jalan Kulas, Jalan Muda Hashim dan Jalan Datuk Ajibah Abol.

Sebagai permulaan, sebuah bas akan disediakan untuk kegunaan orang awam dan sebuah lagi akan digunakan sekiranya terdapat keperluan.

Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? BEROPERASI: Abdul Aziz ketika ditemui pemberita setelah menyempurn­akan pengagihan daging korban di Menara SEDC, Isthmus Kuching.
— Gambar Chimon Upon BEROPERASI: Abdul Aziz ketika ditemui pemberita setelah menyempurn­akan pengagihan daging korban di Menara SEDC, Isthmus Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia