Utusan Borneo (Sarawak)

MEDAN CUNGKIL BAKAT PEMAIN GOLF

53 pemain golf remaja lelaki, 27 perempuan sertai Kejohanan Terbuka Golf Remaja KGS Edisi Pertama

- Oleh Harry Ilias

Saya harap kejohanan ini akan menjadi pemangkin kepada pembanguna­n untuk melahirkan pemain tempatan berbakat dan melahirkan pemain bertaraf antarabang­sa pada masa depan.

Datin Patinggi Puan Sri Datuk Wira Lorna Enan Muloon Chan

Penaung Kejohanan

KUCHING: Seramai 53 pemain golf remaja lelaki dan 27 perempuan memulakan kempen Kejohanan Terbuka Golf Remaja KGS Edisi Pertama yang bermula hari ini hingga 15 Ogos di Kelab Golf Sarawak (KGS).

Kejohanan merebut Trofi Datin Patinggi Puan Sri Datuk Wira Lorna Enan Muloon Chan itu menyaksika­n penyertaan peserta daripada pelbagai kelab golf di Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Johor serta China dan Korea.

Kelab Golf Sarawak (KGS) menyenarai­kan kontinjen terbesar seramai 27 pemain lelaki dan 11 pemain perempuan.

Pasukan lain termasuk

Kelab Golf Miri (lapan lelaki, lapan perempuan), Samarahan Country Club (seorang lelaki), Sutera Harbour Golf & Country Club (seorang lelaki), Kudat Golf Club (empat lelaki, seorang perempuan), Dalit Bay Golf & Country Club (seoramg lelaki), Sabah Golf Associatio­n (tujuh lelaki, lima perempuan), Sabah Golf & Country Club (seoramg lelaki), Nilai Springs Golf & Country Club, Negeri Sembilan (seorang perempuan), Tanjung Puteri Golf Resort (seorang lelaki), China (seorang perempuan) dan Korea (seorang lelaki).

Peserta dibahagika­n kepada empat kumpulan umur iaitu Kumpulan A (15-18 tahun), Kumpulan B (13-14 tahun), Kumpulan C (11-12 tahun) dan Kumpulan D (bawah 10 tahun).

Semalam berlangsun­g majlis meraikan peserta di KGS disempurna­kan Lorna selaku penaung kejohanan.

“Terima kasih kepada semua ibu bapa kerana menggalakk­an anak anda mengambil golf sebagai sukan.

“Saya harap kejohanan ini akan menjadi pemangkin kepada pembanguna­n untuk melahirkan pemain tempatan berbakat dan melahirkan pemain bertaraf antarabang­sa pada masa depan,” katanya, berucap ringkas.

Terdahulu, Pengerusi Kejohanan Yakup Jalel dalam ucapannya berkata kejohanan itu mendapat sokongan Persatuan Golf Sarawak (SGA) dan Persatuan Golf Malaysia (MGA).

“Ini kali pertama kejohanan ini dianjurkan dan melihat kepada penyertaan seramai 80 peserta menjadikan kita sangat yakin untuk menganjurk­annya.

“Kejohanan ini menjadikan Sarawak sebagai satu lagi venue penganjura­n kejohanan golf antarabang­sa selain menjadi medan untuk memberi pendedahan kepada pemain tempatan.

“Melalui kejohanan ini pemian remaja kita akan didedahkan kepada lebih banyak pertanding­an kompetitif dan dari situ kita boleh menilai sejauh mana pemain remaja kita beraksi,” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n kepada semua penaja khususnya Lorna yang menjadikan penganjura­n kejohanan itu satu kejayaan.

Hadir sama Setiausaha KGS Pauline Gan. PUTRAJAYA: Kecederaan telinga tidak menghalang ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah untuk memberi saingan sengit pada Kejohanan Ski Air Dunia 2019 Persekutua­n Luncur Air & Wakeboard Antarabang­sa (IWWF) di Pusat Sukan Air, Presint 6, di sini, hari ini

Walaupun mengalami kecederaan ringan di telinga semasa latihan baru-baru ini, Aaliyah, 16, berkata beliau sangat teruja untuk membuat persembaha­n hebat di hadapan peminat tempatan pada kejohanan dwitahunan itu yang berlangsun­g sehingga 18 Ogos ini.

“Pakar perubatan menasihatk­an saya supaya berehat sekurang-kurang dua minggu tetapi saya amat teruja untuk menyertai kejohanan dunia ini yang akan diadakan tempat saya meluncur sejak kecil lagi,” katanya pada sidang media prakejohan­an, di sini hari ini.

Jurulatih kelahiran Perancis, Marian Malaquin, yang melatih skuad kebangsaan, menyatakan keyakinan bahawa anak buahnya itu akan memperagak­an aksi yang cemerlang walaupun berdepan dengan cabaran daripada barisan peserta utama dunia.

Persekutua­n Ski Air & Wakeboard Malaysia (MWWF), telah mendapatka­n khidmat jurulatih berusia 38 tahun itu bagi mempersiap­kan skuad negara dalam menghadapi kejohanan tersebut.

Selain Aaliyah, 16, Malaysia akan turut diwakili dua adik lelakinya, Aiden, 12, dan Adam, 10 serta Nadiah Nasir, 23 tahun.

Sejumlah 168 peserta dari 39 negara akan bersaing dalam tiga kategori -- slalom, tricks dan jump -- bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita.

Pusingan awal bermula esok sehingga Jumaat ini manakala pusingan akhir pada Sabtu dan Ahad. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Lorna (barisan kedua, lapan kiri) menyertai pemain dan ahlli jawatankua­sa penganjur bergambar beramai-ramai.
UNTUK ALBUM: Lorna (barisan kedua, lapan kiri) menyertai pemain dan ahlli jawatankua­sa penganjur bergambar beramai-ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia