Utusan Borneo (Sarawak)

MUSIM KERING DIRAMAL SEHINGGA AWAL OKTOBER

-

KUCHING: Sarawak diramal mengalami monsun barat daya yang kering sehingga awal Oktober depan.

Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia Negeri Sarawak Wong Teck Kiong berkata bagaimanap­un hujan masih turun di satu dua tempat di Sarawak sepanjang tempoh tersebut.

“Kami meramal angin monsun barat daya yang berlaku akan beransur pulih menjelang pertengaha­n minggu depan dan monsun berhenti seketika kerana kita akan mendapat lebih banyak hujan.

“Bagaimanap­un secara keseluruha­nnya Sarawak masih mengalami musim kering atau lebih tepat menerima kurang hujan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Wong juga memberitah­u bahawa jerebu yang melanda Sarawak ketika ini berpunca daripada tiupan angin monsun barat daya iaitu dari Kalimantan ke negeri ini.

“Lazimnya angin yang tertiup dari barat daya iaitu Kalimantan membawa jerebu ke Sarawak,” ujarnya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorolog­i Malaysia Negeri Sarawak yang turut dihubungi berkata keadaan cuaca kering melanda negeri ini akan pulih pada awal Oktober depan apabila berlakunya peralihan monsun kerana Sarawak akan menerima lebih banyak hujan.

“Apabila peralihan monsun berlaku, lazimnya Sarawak tidak akan mendapat kesan atau jerebu walaupun ada pembakaran terbuka di Kalimantan,” katanya.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 5 petang semalam mendapati hanya SK Kuala Baram 2 (MCAQM) mencatat bacaan berbahaya iaitu 353 manakala ILP Miri 299 (sangat tidak sihat), Sibu dan Sri Aman tidak sihat dengan bacaan IPU 179 dan 108 masing-masing.

Sembilan lagi kawasan mencatat bacaan IPU sederhana iaitu Sarikei (99), Miri (94), Bintulu (84), Mukah (84), Samarahan (82), Kuching (81), Samalaju (75), Kapit (64) dan Limbang (56).

Setakat jam 5 petang semalam juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak merekodkan 334 kes pembakaran terbuka atau tanah gambut melibatkan kawasan seluas 772 ekar dari 1 Ogos hingga semalam.

Semalam sahaja JBPM Sarawak merekodkan 38 kes pembakaran terbuka atau tanah gambut di negeri ini.

JBPM Sarawak juga merekodkan dua rumah terjeas akibat kebakaran belukar/ hutan iaitu di Kampung Sangki, Simunjan dan Kampung Sedi, Pulau Bruit.

Secara purata, JBPM Sarawak memberi maklum balas kepada 27 kes sehari dengan jumlah terbanyak direkodkan pada Sabtu iaitu 58 kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia