Utusan Borneo (Sarawak)

38 kes kebakaran belukar, hutan dan tanah gambut

Menjadikan jumlah kes meningkat kepada 334 dari 1 Ogos hingga jam 5 petang semalam: Tiong

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Sebanyak 38 kes kebakaran belukar, hutan dan tanah gambut dilaporkan berlaku di seluruh Sarawak setakat jam 5 petang semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata, ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes kebakaran belukar, hutan dan tanah gambut meningkat kepada 334 kes bagi tempoh 1 Ogos hingga jam 5 petang semalam.

“Jumlah kawasan terjejas adalah seluas 772 ekar

yang mana dua rumah turut terjejas iaitu sebuah rumah di Kampung Sedi, Pulau Bruit musnah 100 peratus dan sebuah lagi di Kampung Sangki, Simunjan musnah 10 peratus,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Tiong, jumlah kes tertinggi sehari dicatatkan pada 10 Ogos 2019 iaitu 58 kes dan pada 11 Ogos 2019, 55 kes.

“Secara purata JBPM Sarawak bertindak menangani 27 kes kebakaran belukar setiap hari,” dedahnya.

Sementara itu, Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan setakat jam 5 petang semalam menunjukka­n satu kawasan merekodkan bacaan pada paras bahaya iaitu 353 di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 2.

Satu kawasan mencatat status kualiti udara pada tahap sangat tidak sihat iaitu di Stesen ILP Miri dengan bacaan 299, dua stesen mencatat status kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu stesen Sibu (179) dan Sri Aman (108) manakala baki sembilan stesen lagi menunjukka­n bacaan pada tahap sederhana.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak semalam turut mengeluark­an Notis Pemberitah­uan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk melakukan pembenihan awan di kawasan Miri, Kuala Baram, Sibu dan Sri Aman.

Menurut Jurucakap JPBN Sarawak dalam satu kenyataan, pembenihan awan itu berikutan situasi jerebu di empat kawasan terbabit.

Malah, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana akan mengadakan mesyuarat pada 13 Ogos 2019 di Pejabat Residen Miri.

Berdasarka­n laporan oleh ASEAN Specialise­d Meteorolog­ical Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura pada 11 Ogos 2019, imej satelit National Oceanic and Atmospheri­c Administra­tion (NOAA)-19, mengesan 56 titik panas (hotspot) di Kalimantan, dua titik panas (hotspot) dikesan di Sumatera, Indonesia dan 4 titik panas (hotspot) dikesan iaitu 2 di Miri dan 1 di Sibu serta Kapit, Sarawak.

Sehubungan itu, JBPN Sarawak menasihati orang ramai untuk tidak melakukan apa-apa aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menjejaska­n lagi kualiti udara dan menyebabka­n jerebu bertambah buruk.

Selain itu bagi kawasan yang terjejas teruk topeng muka hendaklah dipakai bagi mengelakka­n kesihatan dan pernafasan mereka terjejas.

“Jumlah kawasan terjejas adalah seluas 772 ekar yang mana dua rumah turut terjejas iaitu sebuah rumah di Kampung Sedi, Pulau Bruit musnah 100 peratus dan sebuah lagi di Kampung Sangki, Simunjan musnah 10 peratus. Tiong Ling Hii Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia