Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dinasihati ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

-

Orang ramai khususnya di kawasan utara Sarawak dinasihati mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangk­an kesan terhadap kesihatan susulan jerebu yang melanda negeri ini.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim, aktiviti fizikal di luar juga harus dikurangka­n sebagai langkah mengurangk­an risiko penyakit akibat jerebu dan jika perlu berada di luar, gunakan penutup mulut dan hidung.

“Sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit berkaitan jerebu seperti mata berasa pedih dan berair, gatal kerongkong dan kerap batuk, hidung berair dan kerap bersin, sukar bernafas atau sesak nafas satau sakit dada dan kulit badan berasa gatal, segeralah pergi mendapatka­n rawatan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas status Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap bahaya di kawasan Miri.

Dr Jamilah turut menasihati mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru kronik agar mendapatka­n rawatan jika penyakit bertambah teruk.

Orang ramai turut disarankan meminum air secukupnya bagi mengekalka­n tahap hidrasi badan dan kerap membasuh muka dan bahagian badan yang terdedah kepada jerebu.

Pemandu turut dinasihati menyalakan lampu bagi pemanduan selamat.

Untuk keterangan lanjut, layari www.myhealth.gov. my atau www.infosihat. gov.my.

Sementara itu, bacaan IPU di seluruh Sarawak setakat jam 5 petang semalam menunjukka­n ILP Miri terus dalam kategori bahaya iaitu 396.

Manakala kawasan lain di negeri ini bacaan IPU masih dikategori sederhana dengan Miri mencatat 96, diikuti Samarahan (93), Mukah (87), Sri Aman (86), Kuching (85), Sibu (78), Bintulu (77), Sarikei (72), Samalaju (71), Kapit (63) dan Limbang (58).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai yang ingin mengetahui tahap IPU di seluruh negara boleh merujuk laman web http:// apims.doe.my untuk mendapat bacaan IPU terkini pada setiap jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia