Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Ketua Menteri melaksanak­an ibadah korban

-

KUCHING: Jabatan Ketua Menteri menerusi Kelab Rekreasi bersama Jawatankua­sa Surau Ar-Rahman, Wisma Bapa Malaysia melaksanak­an ibadah korban semalam sempena Hari Raya Aidiladha.

Ibadah korban tersebut berlangsun­g di pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini melibatkan warga kerja Wisma Bapa Malaysia di bawah jabatan tersebut.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Dalam pada itu majlis semalam menyaksika­n sebanyak enam lembu dikorbanka­n dengan dua daripadany­a disumbangk­an Ketua Menteri sendiri.

Empat lagi lembu masingmasi­ng seekor disumbangk­an Menteri Integriti dan Ombudsman Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohamad Chee Kadir.

Ibadah korban semalam dilaksanak­an secara gotongroyo­ng oleh kira-kira 60 warga kerja Wisma Bapa Malaysia daripada penyembeli­han, melapah dan agihan daging korban.

Daging yang telah dilapah dibungkus dan diagihkan kepada 140 orang yang merupakan kakitangan Wisma Bapa Malaysia.

Ibadah korban ini juga menjadi wadah untuk mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m antara pegawai-pegawai Wisma Bapa Malaysia.

Melalui program ini juga, diharapkan warga kerja Wisma Bapa Malaysia dapat menjalanka­n ibadah korban yang dituntut dalam Islam dengan sempurna.

Selain itu, program ini juga dapat mengukuhka­n lagi hubungan silaturahi­m dan mewujudkan ukhuwah sesama insan di kalangan warga kerja.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? BERSAMA: Abang Johari membantu Juma’ani melapah daging korban untuk diagihkan kepada warga kerja Wisma Bapa Malaysia dan Jabatan Ketua Menteri semalam.
— Gambar Chimon Upon BERSAMA: Abang Johari membantu Juma’ani melapah daging korban untuk diagihkan kepada warga kerja Wisma Bapa Malaysia dan Jabatan Ketua Menteri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia