Utusan Borneo (Sarawak)

Saranan kerjasama tangani disksrimin­asi terhadap produk minyak sawit disokong

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyambut baik saranan Presiden Indonesia Joko Widowo atau Jokowi untuk bekerjasam­a dalam usaha menangani disksrimin­asi berterusan Kesatuan Eropah (EU) ke atas produk minyak kelapa sawit.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak yang merupakan antara negeri pengeluar minyak sawit terbesar di negara ini bersetuju dengan saranan presiden Indonesia itu.

“Kita sememangny­a menyambut baik kerjasama antara Indonesia dan Malaysia ini.

“Malah saya telah dimaklumka­n oleh Menteri Industri Utama Teresa Kok berhubung perkara ini dan kita (Kerajaan Sarawak) bersetuju dengan saranan Jokowi itu,” katanya ketika ditanya media mengenai kenyataan Jokowi yang memohon Kerajaan Malaysa bekerjasam­a dengan negara republik itu dalam industri minyak kelapa sawit.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Ibadah Korban N8 Satok anjuran Biro Agama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok di Kompleks Sukan Satok, Padang SLPS di sini, semalam.

Seramai 210 penerima dari kawasan Satok termasuk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Satok menerima agihan daging korban pada majlis itu.

Sementara itu, Jokowi dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI di Istana Negara, Jakarta baru-baru ini meminta Indonesia dan Malaysia menjalinka­n kerjasama lebih rapat dalam usaha menghalang disksrimin­asi berterusan ke atas produk minyak kelapa sawit oleh EU.

Katanya, kedua-dua negara harus bersama-sama memikirkan ‘bargaining’ (tawar-menawar) yang diperlukan bagi memastikan Eropah tidak berterusan mengganggu gugat produk hiliran kelapa sawit.

“Indonesia dan Malaysia harus bersatu, harus kerjasama dalam rangka melawan diskrimina­si terhadap minyak kelapa sawit. Kita tidak boleh sendiri melakukan ini, kita harus bersama-sama melawan diskrimina­si itu.

“Dan kita harus berani menunjukka­n bahawa kita juga memiliki ‘bargaining’ yang baik, jangan sampai cara-cara seperti ini diteruskan di bumi Eropah. Saya fikir kita harus bersama-sama bersatu melawan diskrimina­si itu,” kata Jokowi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia