Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa Korban Bahagian Sibu hantar sendiri daging korban kepada asnaf

-

Satu pasukan pengagihan daging korban di bawah Jawatankua­sa Korban Bahagian Sibu ditubuhkan bagi memastikan daging korban sampai kepada golongan asnaf yang layak.

Menurut Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee, bagi tujuan itu mereka menjadikan premis Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pelawan di Jalan Bandong sebagai pusat pengagihan kepada 707 asnaf.

“Kita tidak mahu mereka (asnaf) datang ke sini (pusat agihan), sebaliknya kita mengambil pendekatan lebih mudah iaitu kita menubuhkan satu pasukan yang akan menghantar daging korban ke rumah asnaf secara individu.

“Ini untuk memastikan tiada asnaf yang layak terlepas daripada menerima daging korban,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat pusat agihan di premis PBB Pelawan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di sini, semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri itu, sebanyak 24 lembu korban yang disumbang oleh Pusat Khidmat Nangka dan individu persendiri­an diagihkan kepada surau-surau, JKKK (Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung) dan ranting PBB sekitar kawasan Sibu.

Kemudian jelasnya, sebanyak 30 kilogram daging daripada setiap seekor lembu akan dihantar ke pusat agihan di premis PBB Pelawan, sebelum diagihkan ke rumah asnaf secara individu.

“Senarai nama asnaf kita perolehi daripada JKKK dan ranting PBB dan bagi asnaf yang layak, mereka menerima satu kilo daging korban,” ujarnya.

Sementara itu, kerja pengagihan di premis PBB Pelawan dekat sini berjalan lancar apabila dilakukan secaraberg­otong-royongoleh­Pemuda PBB sambil dibantu penduduk setempat.

Tidak ketinggala­n juga golongan wanita yang membantu menimbang dan membungkus daging korban sebelum pasukan pengagihan menghantar ke rumah asnaf di sekitar bandar Sibu.

 ??  ?? TURUN PADANG: Dr Annuar (tujuh kiri) bersama jawatankua­sa yang terlibat dengan ibadah korban di premis PBB Pelawan semalam, menunjukka­n daging korban yang telah dibungkus untuk diagihkan kepada golongan asnaf.
TURUN PADANG: Dr Annuar (tujuh kiri) bersama jawatankua­sa yang terlibat dengan ibadah korban di premis PBB Pelawan semalam, menunjukka­n daging korban yang telah dibungkus untuk diagihkan kepada golongan asnaf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia