Utusan Borneo (Sarawak)

Buluh bakal menjadi produk baharu Sarawak

25 hektar kawasan Hutan Simpan Sabal ditanam dengan 13 spesies buluh sejak enam bulan lepas

- Oleh Henrietta Liza

KOTA SAMARAHAN: Seluas 25 hektar kawasan Hutan Simpan Sabal berdekatan Balai Ringin telah ditanam dengan 13 spesies buluh sejak enam bulan lepas.

Penolong Pengurus Besar Pengurusan Sumber, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Hamzah Morshidi berkata, ia dijalankan sebagai projek perintis pihaknya bagi memperkena­lkan produk baharu di negeri ini selain kayu.

“Kita dalam proses untuk memperkena­lkan produk baharu di Sarawak kerana sebelum ini negeri kita (Sarawak) banyak bergantung kepada sumber alam semula jadi.

“Maka sekarang, kita sedang dalam usaha menanam semula hutan dengan tanaman buluh,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ibadah Korban anjuran Surau PUSAKA di Kompleks Industri Perabot PUSAKA (KIPPKS) di sini, semalam.

Antara spesies yang ditanam adalah buluh jenis ‘Dendrocala­mus Latiflorus’, ‘Gigantochl­oa Levis’, ‘Bambusa Nana’, ‘Dendrocala­mus Asper’ dan ‘Schizostac­hyum Brachyclad­um’.

Pelaksanaa­nnya telah dibuat dengan bantuan daripada 18 agensi berkaitan di bawah jawatankua­sa SABIT.

Sebelum itu, baru-baru ini satu lawatan telah diadakan ke Anji, wilayah Zhejiang di China bagi mempelawa sebuah kilang pembuatan produk buluh untuk membuka cawanganny­a di Sarawak.

Cadangan tersebut dilaksanak­an menerusi bantuan MATRADE dan Shangai Chinese Chamber dengan mengadakan sesi taklimat dan dialog untuk melihat kebolehpas­aran produk tersebut bagi negeri Sarawak nanti.

Pada masa yang sama, barubaru ini lawatan pihaknya ke

Kita dalam proses untuk memperkena­lkan produk baharu di Sarawak kerana sebelum ini negeri kita (Sarawak) banyak bergantung kepada sumber alam semula jadi.

Hamzah Morshidi

Penolong Pengurus Besar Pengurusan Sumber, PUSAKA)

Singapura juga bertujuan membuka sebuah pejabat di bawah Unit Perancanga­n Negeri bagi mempromosi­kan produk perkayuan Sarawak.

Bagaimanap­un, tarikh pelaksanaa­nnya masih belum dapat didedahkan pihaknya semalam.

Sementara itu PUSAKA menyembeli­h enam lembu bagi ibadah korban yang telah diagihkan kepada 100 orang asnaf di sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

Tiga daripada enam lembu berkenaan telah disembelih di KIPPKS, Kota Samarahan oleh kakitangan PUSAKA dan anak syarikat pihaknya.

Sementara itu tiga lembu masing-masing seekor telah disedekahk­an kepada Surau PUSAKA Wilayah Utara, Bintulu, Masjlid Angkatan Tentera Malaysia, Penrissen dan Kampung Segedup di sini.

Turut hadir semalam adalah Pengurus Pembanguna­n Usahawan KIPPKS Omar Ali Sepian dan Pengerusi Urusetia Saudara Kita Bahagian Samarahan mewakili Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Cawangan Kota Samarahan Nurul Aini Abdullah.

 ??  ?? UNTUK ASNAF: Hamzah (dua kiri), Nurul Aini (dua kanan) disaksikan Omar (kanan) menyerahka­n daging korban kepada salah seorang kakitangan PUSAKA OKU di KIPPKS semalam.
UNTUK ASNAF: Hamzah (dua kiri), Nurul Aini (dua kanan) disaksikan Omar (kanan) menyerahka­n daging korban kepada salah seorang kakitangan PUSAKA OKU di KIPPKS semalam.
 ??  ?? TANAMAN BAHARU: Kawasan penanaman buluh di kawasan Hutan Simpan Sabal dekat Balai Ringin.
TANAMAN BAHARU: Kawasan penanaman buluh di kawasan Hutan Simpan Sabal dekat Balai Ringin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia