Utusan Borneo (Sarawak)

Rohani dan Simoi sumbang lembu korban

-

SRI AMAN: Lembaga Amanah Masjid Lama Kampung Tengah menerusi Jawatankua­sa Ibadah Korban, Kampung Tengah, Sri Aman telah menganjurk­an Program Ibadah Korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Gelanggang Futsal, Kampung Tengah Sri Aman di sini, semalam.

Jurucakap penganjur memberitah­u, pada tahun ini, sebanyak dua lembu telah dikorbanka­n sempena program berkenaan.

Menurut beliau, dua lembu berkenaan masing-masing seekor telah di sumbangkan Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri.

Tambahnya, daging korban diagihkan kepada semua penduduk di kawasan Kampung Tengah Sri Aman serta penduduk kampung berdekatan.

“Dengan kesempatan ini, pihak kami merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada dua wakil rakyat di kawasan ini iaitu Datuk Seri Rohani Abdul Karim selaku Ahli Parlimen Batang Lupar dan ADUN Lingga Simoi Peri kerana telah menyumbang dua lembu untuk dikorbanka­n pada program ini,” ujarnya.

 ??  ?? UNTUK DIKORBANKA­N: Penduduk Kampung Tengah mengadakan korban sempena program berkenaan semalam.
UNTUK DIKORBANKA­N: Penduduk Kampung Tengah mengadakan korban sempena program berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia