Utusan Borneo (Sarawak)

Kakitangan SEDC agih daging korban kepada madrasah, rumah anak yatim

-

KUCHING: Kakitangan Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) bersama anak syarikatny­a mengadakan Majlis Pengagihan Daging Korban 2019 buat julung kalinya di Menara SEDC, Isthmus semalam.

Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain ketika merasmikan majlis berkenaan berkata daging yang telah dilapah diagihkan kepada beberapa madrasah dan rumah anak yatim di sekitar Kuching.

“Jenis lembu yang dikorban oleh kakitangan SEDC Sarawak terdiri daripada baka ‘Brahman Crossbreed’ dan ‘Charlolais’ yang terkenal dengan daging berkualiti tinggi.

“Lembu-lembu yang dipilih telah disembelih di pusat penyembeli­han PPES Ternak yang telah disahkan oleh Sistem Jaminan Rantaian Bekalan Pengekspor­t (ESCAS) dari Australia,” ujarnya.

Beliau turut berkata, langkah pemilihan tersebut dibuat untuk menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh industi penternaka­n antarabang­sa memandangk­an lembu-lembu yang dipilih adalah daripada baka berkualiti dan diimport dari luar negeri.

Dalam pada itu, beliau turut memuji inisiatif Jawatankua­sa Kakitangan Islam SEDC (JAKIS) yang bekerjasam­a dengan kakitangan agensi tersebut dalam menyempurn­akan pengagihan daging korban sempena Hari Raya Aidiladha.

“JAKIS telah memperkena­lkan pendekatan yang memudahkan kakitangan kita untuk turut serta dalam mengerjaka­n ibadah korban.

“Hasil sumbangan peribadi JAKIS, kakitangan SEDC Sarawak berupaya membeli tiga ekor lembu daripada anak syarikat SEDC iaitu PPES Ternak Sdn Bhd,” ujarnya semasa berucap semalam sambil menambah, PPES juga mempunyai ladang ternakan lembunya sendiri.

Turut hadir Timbalan Pengurus Besar Sektor Korporat SEDC Rakayah Hamdan, Pengerusi Jawatankua­sa Majlis Korban Nor Azlan Husaini, pegawai-pegawai pengurusan serta kakitangan SEDC Sarawak dan tetamu jemputan daripada madrasah.

 ??  ?? TERIMALAH: Abdul Aziz menyerahka­n daging korban kepada tetamu jemputan daripada madrasah.
TERIMALAH: Abdul Aziz menyerahka­n daging korban kepada tetamu jemputan daripada madrasah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia