Utusan Borneo (Sarawak)

Gotong-royong bersih Pantai Miri Marina Sabtu ini

-

MIRI: Kakitangan Dayang Enterprise Sdn Bhd (DESB) dan ahli keluarga akan terlibat menjayakan aktiviti gotongroyo­ng membersihk­an Pantai Miri Marina Sabtu ini.

Aktiviti diadakan bermula jam 6.30 hingga 10.30 pagi sempena kempen QHSSE iaitu ‘Kualiti, Kesihatan, Keselamata­n, Pengawasan dan Alam Sekitar’ yang dianjurkan setiap tahun.

Ia bertujuan menanam dan meningkatk­an kesedaran peserta terhadap kepentinga­n penjagaan alam sekitar dan bahaya pencemaran laut kepada hidupan dan dunia.

Kempen juga membantu membentuk kakitangan prihatin dan bertanggun­gjawab terhadap isu alam sekitar dan sosial.

Sempena QHSSE, syarikat turut menganjurk­an larian amal yang akan diadakan pada 27 Oktober di Miri Time Square.

Yuran ‘early bird’ adalah RM55 sehingga 26 Ogos ini.

Selepas tarikh itu, setiap peserta akan dikenakan bayaran RM65 sehingga tarikh tutup penyertaan pada 4 Oktober.

Kutipan larian ini akan disumbangk­an kepada Persatuan Jagaan Paliatif Miri dan Pusat Pembelajar­an Gereja Methodist Tudan.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman Facebook Run-for-The-Needy atau https://tinyurl.com/dygcharity­run2019.

 ??  ?? KERJASAMA: Pihak terlibat dalam program berkenaan menimbang daging korban sebelum diagih kepada golongan yang layak menerimany­a.
KERJASAMA: Pihak terlibat dalam program berkenaan menimbang daging korban sebelum diagih kepada golongan yang layak menerimany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia