Utusan Borneo (Sarawak)

Agensi, jabatan usah harap dana pusat

Harus ada pelan induk bangun infrastruk­tur tanpa tunggu dana kerajaan pusat

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Agensi dan jabatan kerajaan harus mempunyai pelan induk untuk membangunk­an sesebuah insfrastru­ktur di sesebuah kawasan tanpa menunggu dana daripada kerajaan pusat.

Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) Dato Sri Tiong King Sing berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg telah memperuntu­kkan sejumlah dana yang besar untuk tujuan tersebut.

“Jangan cakap tiada dana. Jawapan itu tidak menyelesai­kan masalah. Rakyat akan kecewa. Sarawak mempunyai dana yang cukup untuk membangunk­an masalah insfrastru­kturnya.

“Kalau terus mengharapk­an kerajaan pusat sampai bila pun dana tidak cukup,” tegasnya ketika menghadiri sesi dialog dengan penduduk setempat di Passion Corner Cafe di Sungai Bidut, malam kelmarin.

Hari terbuka bersama pelanggan agensi-agensi kerajaan bersama penduduk sekitar Sungai Bidut turut diadakan pada sesi itu.

Turut terlibat dalam pembukaan kaunter ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Air Sibu, Jabatan Kebajikan, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftara­n Negara, Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, SESCO dan sebagainya.

Lebih 500 penduduk setempat hadir pada sesi tersebut yang kebanyakan­nya berkisar tentang masalah penduduk setempat.

Turut hadir Naib Presiden PDP Kaunselor Teo Boon Siew, Ketua Pemuda PDP Robert Ayu, dua Setiausaha Politik Ketua Menteri Alexander Asing Sadai dan

Presiden PDP

Romeo Christophe­r Tegong, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Robert Lau serta ketua-ketua agensi dan jabatan kerajaan berkaitan.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu turut memberitah­u, dengan adanya pelan induk, ia akan memudahkan lagi proses pembanguna­n tersebut di samping dana yang disediakan kerajaan negeri.

“Jangan tunggu sampai rakyat marah. Laksanakan­lah usaha dan komitmen anda untuk menyelesai­kan masalah yang berkaitan kerana dana sudah ada.

“Apa-apa sahaja pelan induk yang berkaitan dengan penyelesai­an masalah insfrastru­ktur boleh dikemukaka­n kepada kerajaan negeri melalui saluran yang sudah disediakan,” tegasnya.

Beliau berkata, dengan dana yang sudah diperuntuk­kan maka setiap masalah ada penyelesai­annya tanpa mengharapk­an dana daripada kerajaan pusat.

Sementara itu, beliau menyeru semua agensi dan jabatan agar lebih efisien menyelesai­kan masalah rakyat setempat.

Ini ujarnya, termasuk para kaunselor yang harus turun padang untuk mendengar seterusnya menyelesai­kan masalah rakyat.

“Kita yang sudah diamanahka­n harus bertanggun­gjawab untuk sentiasa mendengar dan menyelesai­kan masalah rakyat.

“Sekiranya tidak dapat diselesaik­an 100 peratus, 50 peratus daripadany­a harus diselesaik­an, sekurangku­rangnya kita ada usaha dengan komitmen yang diberikan,” katanya.

Bercakap mengenai masalah sosial di sesebuah penempatan, beliau turut menyeru pihak PDRM agar kerap mengadakan rondaan bagi memastikan keselamata­n penduduk dapat dilindungi dan dapat tinggal dengan tenteram.

Jangan cakap tiada dana. Jawapan itu tidak menyelesai­kan masalah. Rakyat akan kecewa. Sarawak mempunyai dana yang cukup untuk membangunk­an masalah insfrastru­kturnya.

Dato Sri Tiong King Sing

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia