Utusan Borneo (Sarawak)

SK Melugu anjur Pertanding­an Gendang Pampat

-

KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Melugu, Sri Aman sekali lagi tampil menganjurk­an Pertanding­an Gendang Pampat anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

Jurucakap pengelola, Bruno Abu dalam kenyataann­ya kepada Utusan Borneo berkata, untuk edisi kali ini pihaknya tidak menyasarka­n bilangan kumpulan namun mempelawa peminat gendang pampat dari seluruh Sarawak mengambil bahagian.

Katanya pertanding­an akan diadakan pada 5 Oktober, mulai jam 8.30 pagi di Dewan Terbuka SK Melugu.

“Pertanding­an akan dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang serta turut dihadiri Guru Besar Louise Aom, ketua-ketua masyarakat dan penduduk setempat,” katanya.

Tambahnya, proses undian peserta akan diadakan pada hari pertanding­an iaitu jam 8 pagi di tempat sama dan kemasukan adalah percuma.

“Johan pertanding­an akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, piala, sijil penyertaan dan hamper,” katanya, manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa hadiah serupa kecuali wang tunai RM1,300 dan RM1,000.

“Tempat keempat dan seterusnya akan membawa pulang hadiah sagu hati iaitu wang tunai RM200, sijil dan hamper,” katanya.

Mengenai syarat penyertaan Bruno berkata, setiap pasukan harus terdiri daripada lima hingga 10 orang yang mana ia boleh terdiri daripada komuniti rumah panjang yang sama atau sebaliknya.

“Daripada aspek pemakaian, penganjur mewajibkan peserta memakai kostum tradisi masyarakat Iban dengan peralatan pertanding­an harus disediakan peserta sendiri,” ujarnya sambil menambah kata, masa pertanding­an antara tiga hingga lima minit.

Bercakap lanjut, Bruno menekankan pertanding­an bertujuan memelihara salah satu tradisi budaya Iban iaitu bergendang pampat ketika berlangsun­gnya majlis keramaian seperti Gawai Dayak, majlis pernikahan, menyambut tetamu dan sebagainya.

“Kami berharap menerusi pertanding­an Gendang Pampat dan penyertaan secara tidak langsung berupaya memelihara salah satu budaya dan muzik tradisi masyarakat Iban agar tidak pupus ditelan arus pemodenan,” katanya.

Mereka yang berminat menyertai pertanding­an boleh menghubung­i Bruno Abu di talian 019-8476128 atau Louise Aom (0135690500).

Tarikh tutup penyertaan ialah pada atau sebelum 27 September depan.

 ??  ?? BRUNO
BRUNO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia