Utusan Borneo (Sarawak)

PBK akan mulakan klinik undang-undang bantu rakyat fahami hak

-

KUCHING: Parti Bumi Kenyalang (PBK) akan memulakan klinik undang-undang untuk rakyat negeri ini memahami hak-hak mereka.

Klinik tersebut akan dimulakan dengan bantuan daripada peguam antarabang­sa dari Amerika Syarikat (AS), Dr Te Whetu O Rongo.

Menurut Presiden PBK Voon Lee Shan, Rongo merupakan peguam yang bukan calang-calang dan mempunyai lebih daripada 300 peguam di bawahnya.

“Dr O Rongo merupakan pakar hak asasi, pakar undang-undang dan akan membantu kita mendapatka­n kembali hak-hak negeri ini yang telah terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Masih banyak lagi sumber dan hak kita yang belum dikembalik­an dan kita akan dapatkanny­a kembali dengan bantuan dan nasihat daripada rakan saya Rongo,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pertama Jawatankua­sa Pusat PBK di salah sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Pada majlis tersebut, PBK turut mengumpul tandatanga­n untuk mengemukak­an petisyen kepada Perdana Menteri untuk memecat menteri pendidikan dan timbalanny­a dengan serta-merta.

Petisyen tersebut adalah susulan keputusan untuk memperkena­lkan kaligrafi khat bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat.

Sekitar1,000penyoko­ng dan ahli PBK hadir pada majlis malam tadi selain turut mengumpul dana parti dan pendaftara­n keahlian baharu.

Hadir sama, Timbalan Presiden Peli Aron, Naib Presiden Peter Asut, Setiausaha Agung Priscilla Lau, Bendahari Agung Jamie Tiew Yen Houng serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia