Utusan Borneo (Sarawak)

40 pegawai BPHB hadiri program hadapi kecemasan

-

BINTULU: Seramai 40 pegawai pengurusan tertinggi Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) telah menghadiri Program Persediaan Menghadapi Kecemasan kelmarin.

Program dua hari itu anjuran bersama BPHB, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Institut Latihan Pengangkut­an Maritim (MATRAIN) Jabatan Laut dan syarikat juruperund­ing tempatan EPR (Kuching) Sdn Bhd.

Salah seorang penceramah jemputan, Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman berkata, BPHB mengambil langkah bijak melalui penganjura­n program itu kerana ia memberi pendedahan kepada kakitangan­nya tentang langkah-langkah perlu dalam menghadapi kes-kes kecemasan di kawasan pelabuhan.

"Bagi tujuan itu, operator serta pengendali pelabuhan memainkan peranan proaktif untuk sentiasa peka terhadap semua kes kecemasan yang berlaku supaya tindakan segera dapat diambil bagi menyelamat­kan nyawa serta meminimumk­an kerugian," ujarnya semasa menyampaik­an slot ceramah dalam program berkenaan di sebuah hotel ternama di sini, kelmarin.

Jelasnya, beberapa insiden di pelabuhan di negara ini seperti letupan Pelabuhan Tianjin pada 2015 dan perlanggar­an dua kapal di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor pada 2017 dapat dielakkan sekiranya setiap kakitangan pelabuhan mempunyai tahap komunikasi serta sistem penyampaia­n yang tinggi.

Justeru katanya, BPHB dilihat berupaya menjadi model terbaik kepada manamana pelabuhan di negara ini termasuk pelabuhan antarabang­sa kerana berupaya mengendali­kan dengan baik tanpa insiden besar yang boleh membahayak­an nyawa pekerja.

Dalam perkembang­an sama, seorang lagi penceramah iaitu Pengarah MATRAIN Jabatan Laut Dr Julius Mobilik menyambut baik usaha BPHB menggalakk­an kakitangan­nya menyertai latihan berkaitan tumpahan minyak serta pengurusan­nya dalam usaha membendung kesan pencemaran kepada ekosistem setempat akibat aktiviti perindustr­ian di sekitar pelabuhan.

"Sebaik-baiknya, semua warga kerja pelabuhan harus mempunyai kesedaran terhadap pemulihara­an ekosistem serta biodiversi­ti setempat bagi memastikan hidupan marin terjaga dan bebas daripada tumpahan minyak akibat aktiviti perkapalan yang aktif di pelabuhan laut dalam berkenaan," tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB Datuk Mohammad Medan Abdullah dan bekas Ketua Pengarah JBPM Datuk Dr Soh Chai Hock antara yang hadir.

 ??  ?? BERSEDIA: Mohammad Medan (duduk di tengah) bergambar bersama para peserta program.
BERSEDIA: Mohammad Medan (duduk di tengah) bergambar bersama para peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia