Utusan Borneo (Sarawak)

Belia Sarawak digalak sertai tentera: Zamrose

-

SERIAN: Lebih ramai anak muda Sarawak digalak memilih kerjaya sebagai anggota tentera.

Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain berkata usaha sedang dilakukan bagi mempromosi­kan pemilihan kerjaya terbabit kepada anak muda tempatan di negeri ini.

“Duit (gaji) tidak banyak, tetapi sekurangny­a kerja yang kita (pasukan tentera) buat itu demi negara dan agama,” katanya ketika menghadiri Majlis Ibadah Korban Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Markas Pemerintah Medan Timur Tentera Darat Bersama Penduduk Kampung Darul Islam Belimbing, Padawan, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Zamrose berkata beliau merancang menjemput penduduk Kampung Darul Islam Belimbing untuk menghadiri acara perbarisan dan acara lain pasukan itu supaya ia dapat mempromosi­kan kerjaya berkenaan kepada anak mereka.

“Datang atau tidak datang (penduduk kampung ke acara terbabit) itu saya serahkan kepada jawatankua­sa kampung,” katanya yang mengakui penduduk kampung itu mempunyai hubungan yang baik dengan pasukan tentera darat.

Sementara itu, majlis menyaksika­n penyembeli­han seekor lembu sumbangan pasukan tentera darat kepada penduduk kampung berkenaan.

Turut hadir Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Md Din Abu, Ketua Staf Am, Brig Jen Datuk Kamarol Fauzi Mohd Said dan Ketua Kaum Kampung Darul Islam Belimbing, Hussein Banyak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia