Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja bakar kereta bapa berjaya diberkas

Suspek ditangkap sekitar jam 9.15 pagi semalam di Kampung Stenggang, Bau

-

KUCHING: Remaja yang terlibat dalam kes bakar kereta bapa selepas ditegah menggunaka­nnya dalam satu kejadian di Kampung Stenggang, Bau pada Ahad berjaya diberkas awal pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon, suspek berusia 19 tahun itu ditangkap sekitar jam 9.15 pagi semalam di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Stenggang, Bau oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

“Suspek tidak bekerja kemudian dibawa ke Balai Polis Bau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Poge, suspek turut dibawa ke Hospital Bau bagi mendapatka­n rawatan selepas melecur pada bahagian kaki akibat insiden tersebut.

Jelasnya lagi, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 327 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 kanun yang sama dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan.

Sebelum ini, remaja terbabit dikatakan bertindak membakar dan cuba mengebom kereta bapanya sehingga mendatangk­an kecederaan kepada abangnya dan adik ipar kakaknya.

Menurut Poge, insiden itu berlaku sekitar jam 8 malam Sabtu dan sebelum kejadian suspek meminta kunci kereta milik bapanya namun tidak dibenarkan abangnya dan adik ipar kakaknya kerana dilarang oleh bapa mereka.

“Suspek telah mengeluark­an kata-kata akan bertindak membakar dan mengebom kereta tersebut yang kemudianny­a keluar dari rumah.

Suspek tidak bekerja kemudian dibawa ke Balai Polis Bau untuk tindakan lanjut.

DSP Poge Nyaon

Ketua Polis Daerah Bau

“Apabila kembali semula ke rumah, suspek dilihat membawa botol yang berisi minyak petrol lalu menyimbah minyak petrol tersebut pada kereta bapanya, pintu pagar dan dinding rumah mereka sebelum bertindak membakar dengan menggunaka­n pemetik api,” katanya.

Tambahnya, abang suspek, 26, bersama adik ipar lelaki kakak suspek, 25, cuba menghalang tindakan suspek, namun mereka berdua turut disimbah dengan minyak petrol.

Jelasnya, akibatnya api pada kereta tersebut telah menyambar mereka berdua kerana terlalu hampir dan menyebabka­n melecur 14 peratus pada badan hingga bahagian kepala abang suspek dan sedikit kesan lecur terkena pada bahagian kaki adik ipar kakak suspek.

Disebabkan kejadian tersebut, kakak suspek berusia 22 tahun tampil ke balai untuk membuat laporan untuk tindakan.

Katanya, polis turut menemui bahan letupan jenis ‘Pentolite’ di tempat kejadian yang kemudianny­a diserahkan kepada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

 ??  ?? DIBERKAS: Suspek bakar kereta bapa sendiri berjaya ditangkap.
DIBERKAS: Suspek bakar kereta bapa sendiri berjaya ditangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia