Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat lelaki jatuh dari bot ketika ribut dijumpai

-

ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki yang disyaki terjatuh dari bot fiber semasa cuaca buruk dan laut bergelora ketika ribut Jumaat lepas di sekitar perairan Titi Tok Arab, Jerlun, dijumpai kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, mayat Azimat Hassan, 62, ditemui terdampar berhampira­n kawasan pantai oleh anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) yang melakukan pencarian di kawasan tersebut pada pukul 6.25 petang.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Operasi semalam turut dibantu pesawat udara milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang membuat pencarian dari udara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, operasi yang diselarask­an Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Kedah itu turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, PDRM dan RELA. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia