Utusan Borneo (Sarawak)

Dua sahabat nyaris maut kereta langgar tiang lampu

-

BINTULU: Dua sahabat nyaris maut setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan lalu melanggar tiang lampu dalam insiden di Jalan Tatau-Sibu (berhampira­n SK Kelawit) sekitar jam 7.25 malam kelmarin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, semasa kejadian kereta dinaiki kedua-dua mangsa bergerak dari arah Bintulu menuju ke Selangau sedang bergerak di satu laluan lurus sebelum terbabas ketika cuba mengelak sebuah kenderaan lain yang datang dari arah bertentang­an.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 2 Bonnie Sera telah bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian bagi menjalanka­n kerja mengeluar serta menyelamat­kan keduadua lelaki berumur 53 dan 47 tahun itu,” jelasnya.

Katanya, sejurus sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba telah mengeluark­an kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian badan dan lengan lalu memberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tatau bagi menerima rawatan lanjut.

 ??  ?? TERSELAMAT: Pasukan BBP Tatau mengeluark­an kedua-dua mangsa dari kereta yang terbabas ke bahu jalan dalam kemalangan di Jalan Tatau-Sibu, kelmarin.
TERSELAMAT: Pasukan BBP Tatau mengeluark­an kedua-dua mangsa dari kereta yang terbabas ke bahu jalan dalam kemalangan di Jalan Tatau-Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia