Utusan Borneo (Sarawak)

Biawak menyusup ke dalam tandas berjaya ditangkap

-

SARIKEI: Seekor biawak yang dianggarka­n sepanjang satu meter telah berjaya ditangkap anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dalam operasi khidmat khas di Jalan Langsat di sini, petang kelmarin.

Kehadiran biawak tersebut disedari pemilik rumah terbabit pada jam 5.50 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, ketika pengadu masuk ke bahagian dapur rumahnya, pengadu telah ternampak seekor biawak menyusup masuk ke dalam tandas.

“Khuatir akan keselamata­n diri sekiranya biawak tersebut bertindak ganas, pengadu nekad menghubung­i pihak bomba untuk membantu menangkap biawak terbabit.

“Sebaik sahaja menerima panggilan daripada pengadu, empat anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Unjah Janggau telah bergerak ke rumah pengadu untuk menangkap biawak tersebut.

“Usaha menangkap biawak tersebut berjalan dengan lancar dan selesai dalam tempoh 24 minit,” kata Mahmudin, semalam.

Sebaik berjaya ditangkap, biawak tersebut dilepaskan semula ke habitat asalnya.

 ??  ?? TUGAS KHAS: Anggota bomba berusaha menangkap biawak yang memasuki rumah seorang penduduk di Jalan Langsat, Sarikei.
TUGAS KHAS: Anggota bomba berusaha menangkap biawak yang memasuki rumah seorang penduduk di Jalan Langsat, Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia