Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem amaran awal bencana negara ini perlu dikemas kini

Sistem yang lebih pantas, berkesan boleh mengurangk­an risiko

-

PADANG BESAR: Sistem pengesanan amaran awal bencana di negara ini perlu dikemas kini bagi meningkatk­an tahap kesiapsiag­aan dalam menghadapi bencana.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata sistem yang lebih pantas dan berkesan dalam mengesan bencana perlu bagi membolehka­n pihak berkuasa membuat persediaan.

“Saya diberitahu amaran diberikan selepas kejadian (ribut) berlaku di Langkawi, selepas itu baru Perlis. Jadi sistem yang ada kena pantas dan cepat untuk kesan amaran bencana akan berlaku.

“Langkawi kena pada 8 malam adalah yang teruk terjejas. Sistem yang ada kalau boleh kesan dahulu, jadi kemungkina­n risiko untuk lebih teruk itu dikurangka­n,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah yang rosak akibat angin kencang dan hujan lebat yang melanda negeri ini Jumaat lepas (9 Ogos).

Terdahulu, Rina diberi Taklimat Khas Bencana Ribut oleh Setiausaha Kerajaan negeri Azman Mohd Yusof di Bilik Gerakan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Perlis, di sini.

Hujan lebat disusuli angin kencang pada Jumaat lepas, membadai beberapa negeri di utara Semenanjun­g melibatkan Pulau Pinang, Perlis dan Kedah, mengakibat­kan banyak kejadian pokok tumbang, bekalan elektrik terputus, selain rumah dan kemudahan awam rosak.

Di Perlis lebih 500 rumah mengalami kerosakan. — Bernama

“Saya diberitahu amaran diberikan selepas kejadian (ribut) berlaku di Langkawi, selepas itu baru Perlis. Jadi sistem yang ada kena pantas dan cepat untuk kesan amaran bencana akan berlaku.” Datuk Seri Rina Mohd Harun Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ?? — Gambar Bernama ?? FOKUS: Rina (tiga kiri) mendengar Taklimat Khas Bencana Ribut di Perlis daripada Setiausaha Kerajaan Perlis Azman Mohd Yusof (dua kiri) di Bilik Gerakan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Perlis, semalam.
— Gambar Bernama FOKUS: Rina (tiga kiri) mendengar Taklimat Khas Bencana Ribut di Perlis daripada Setiausaha Kerajaan Perlis Azman Mohd Yusof (dua kiri) di Bilik Gerakan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Perlis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia