Utusan Borneo (Sarawak)

Penyediaan kertas kerja Program Subsidi Petrol bersasar dalam fasa akhir: Saifuddin

-

GEORGE TOWN: Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sangat berpuas hati dengan tahap penyediaan kertas kerja Program Subsidi Petrol bersasar yang dijanjikan kepada golongan kumpulan berpendapa­tan 40 peratus terendah.

Saifuddin berkata beliau sangat berpuas hati kerjakerja awal ini sebelum pembentang­an kertas kepada jemaah menteri.

“Walaupun dari segi garis masa itu lari sedikit dimana ia sepatutnya diumumkan pada suku pertama tahun ini... tetapi kini ia dalam fasa akhir iaitu sedang dalam proses ‘fine-tuning’ sebelum dibentangk­an,” katanya kepada pemberita selepas menghadir Majlis Qurban Perdana DUN Pantai Jerejak di Surau Bandar Bayan Baru sini semalam.

Beliau menerangka­n bahawa dalam fasa akhir ini, data-data kumpluan sasar yang dikenalpas­ti sedang di silang semak untuk memastikan mereka yang benarbenar layak akan dapat untuk menerima subsidi petrol.

“Kita ada pelbagai data dari bantuan sara hidup, Jabatan Pengangkut­an Jalan, Jabatan Pendaftara­n Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan rujukan akaun kepada Bank Negara Malaysia dimana kita sedang silang semak semua data ini,” katanya.

Saifuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Jerejak berkata selepas siapnya semua proses, kertas kerja ini akan dibentang kepada jemaah menteri untuk mendapatka­n kelulusan.

“Jika jemaah menteri berpuas hati, tiada pindaan, arahan terbaru atau keputusan terbaru daripada jemaah menteri, kerajaan akan mengumumka­n secara rasmi pelaksanaa­nnya merangkumi seluruh negara,” katanya.

Mengenai jangka masa pembentang­an kertas kerja ini beliau menjangkak­an ia akan dibentang dalam masa terdekat.

Dalam Bajet 2019 yang dibentangk­an oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada November tahun lepas telah menyatakan pemilik kereta berkapasit­i enjin 1,500cc dan motosikal berkapasit­i enjin 125cc akan menikmati subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter.

Menerusi mekanisme subsidi itu, pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi motosikal. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Saifuddin (tiga kiri) menghadiri Majlis Qurban Perdana DUN Pantai Jerejak di Surau Bandar Bayan Baru.
— Gambar Bernama HADIR: Saifuddin (tiga kiri) menghadiri Majlis Qurban Perdana DUN Pantai Jerejak di Surau Bandar Bayan Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia