Utusan Borneo (Sarawak)

PM tinjau kesan ribut di Pantai Tengah

-

LANGKAWI: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam meluangkan masa meninjau keadaan di sepanjang Pantai Tengah di sini yang teruk dibadai ribut dalam kejadian Jumaat lalu.

Beliau yang mempunyai program padat di Langkawi semalam memandu sendiri kereta SUV Lexus bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohammad Ali melihat sendiri kesan ribut yang masih kelihatan.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi meluangkan masa kira-kira 15 minit di lokasi tersebut.

Kesan pokok tumbang yang sudah dibersihka­n dan kerosakan yang berlaku pada premis perniagaan di kawasan tersebut masih dapat dilihat disepanjan­g lokasi tersebut.

Dalam kejadian Jumaat lalu, hujan lebat beserta angin yang kencang melanda kawasan itu kira-kira pukul 7.45 malam menyebabka­n premis perniagaan, kenderaan telah ditimpa pokok malahan kabel elektrik jatuh di atas jalan raya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Dr Mahathir bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memandu kereta sendiri melihat kawasan yang dilanda Taufan Lekima di Pantai Tengah Langkawi, semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Dr Mahathir bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memandu kereta sendiri melihat kawasan yang dilanda Taufan Lekima di Pantai Tengah Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia